Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, November 17, 2012

Syamsul Yusof dekati Ulamak untuk mendalami Agama

Share











Alhamdulillah,Sebenarnye melalui perkembangan teknologi sekarang nie ,walaupun masih bayak memberi impak negatif namun boleh juga membuka hati menjadi insan yang lebih baik..

Dekat youtube bermacam ceramah agama dan forum agama yang boleh ditonton,Seronok sebenarnya...

Sensasi punye feveret of course Ustaz Kazim Elias,bukan apa,loghat UAI Sensasi kurang faham..maklumlah dari pantai Timur,bagi yang faham memang terhibur disamping mengisi ilmu didada..

Dari seorang ke seorang selebriti mula berubah,bertudung.Mungkin dulu artis takut bertudung maklumlah cari makan melalui layar perak takut di sisihkan pula,namun dengan suara orang ramai yang menyokong dan memberi  semangat kepada mereka yang berhijrah,maka ramailah yang mula terbuka hati..

Bagi "artis" yang masih seksa (Seksi) namun mempertikaikan kenapa orang ramai nak hentam sangat,well cubalah korang fahamkan,nowadays orang lebih sukakan yang sopan ,seksi dah serupa jahiliah dah..So why not ikut trend masa kini..iaitu trend sopan...Sejuk mata memandang dan orang tak kutuk...

Well bukan sahaja artis wanita yang sudah mula berhijrah,beberapa atis lelaki juga sudah mula menunjukkan minat mendalami agama...

Pengarah filem popular, Syamsul Yusof mahu menjadi insan yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu keagamaan dengan lebih mendalam. 

Syamsul yang kini berusia 28 tahun berasa amat malu apabila merasakan dirinya masih cetek pengetahuan agama. 

Demi mencapai perubahan yang dituntut agama Islam, Syamsul mengambil inisiatif untuk mendekati para ilmuan agama untuk mempelajari dan menambah baik pengetahuan ilmu agamanya. 

“Saya merasakan diri ini masih cetek tentang ilmu agama dan disebabkan itulah apa yang saya pelajari dari tokoh agama yang saya berkesempatan jumpa akan dikongsi bersama para peminat di laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook.” 

Pemilik nama sebenar Mohd Syamsul Yusof turut memberitahu bersempena dengan tahun baru Islam, Maal Hijrah, dia mahu menjadi manusia yang mengejar dunia dan akhirat. 

“Bersempena dengan Maal Hijrah ini saya mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan dapat sama-sama menyebarkan ilmu agama kepada semua agar ilmu yang saya perolehi dapat dimanfaatkan bersama, InsyaAllah,” ujarnya. 

Tambah Syamsul yang juga anak kepada penerbit filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam berkata, dia percaya anak-anak muda di luar sana pasti mengalami masalah yang sama dialaminya dan disebabkan itu dia berasa terpanggil untuk berkongsi dan menyebarkan mesej tersebut di pelbagai medium termasuk filem. 

Dalam pada itu, Syamsul turut menyuarakan hasratnya untuk menghasilkan sebuah filem bercorak keagamaan untuk golongan remaja suatu hari nanti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-