Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, November 28, 2012

Penjenayah dikehendaki sanggup serah diri demi bergambar dengan Saiful Apek

Share







Haha,sungguh pelik tetapi benar...pengaruh Apek sungguh kuat sehinga peminat sanggup mengaku dirinya penyamun dan ingin bergambar dengan Saiful Apek.

Bukit Mertajam: Seorang penjenayah sanggup menyerah diri kepada polis selepas teruja ditahan pelawak dan pelakon, Saiful Apek, yang mengedarkan risalah cegah jenayah dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, di sini. 

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek atau nama penuhnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu. 



Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek. 


Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun. 

Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar. 

Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada polis dan meminta izin bergambar dengan saya sebelum ditahan. 

Saya terkejut dengan kejujuran lelaki itu dan tidak mampu berkata apa-apa melainkan menuruti hasratnya untuk bergambar sementara polis membuat pemeriksaan lanjut, katanya ketika menyertai Ops Bayan Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulau Pinang di Jalan Permatang Tinggi, di sini, kelmarin. 
Saiful Apek berkata, pembabitan artis dalam aktiviti sebegini satu langkah bijak kerana mereka mempunyai peminat pelbagai lapisan masyarakat, selain dapat memberikan pendedahan sebenar mengenai tugas polis kepada artis. 

Saya yakin apabila kami mengedarkan risalah yang bertanda tangan, orang ramai tidak sekadar membaca risalah itu malah menyimpan sebagai kenangan, katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-