Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, November 27, 2012

Aziz Satar dan Isteri rujuk semula selepas 9 bulan bercerai

Share







Rupanya pelakon Vateran yang terkenal di Zaman P.Ramlee iaitu Aziz Satar dah bercerai dengan isterinya 9 bulan yang lepas.Namun perceraian mereka tidak digembar gemburkan..

Menurut Aziz Satar,dia telah menceraikan isterinya 3 Mac Lalu dpada pukul 6.30 pm 

 Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham yang kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba tiba terkeluar lafaz “I cerai you talak satu”. 

 Selepas lafaz cerai dilakukan, Aziz Satar ingin segera rujuk kembali dengan isterinya. Sayangnya oleh kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan dimasukkan ke Hospital Ampang, perkara tersebut telah tertangguh. Apa pun, Aziz Satar kini telah beransur sihat dan sedang dalam usaha untuk memujuk isterinya agar rujuk kembali.


Ye lah,sebenarnye dulu Sensasi perasan jugak,Aziz Satar nie bila dia bergurau ,"mengutuk" siterinya depan-depan..Sensasi rasa macam tak patut la..Isterinya cuma mampu tersengih je mendengar gurauan kasar Aziz..Masa tue Sensasi tengok dalam beberapa rancangan yang menampilkan Aziz Satar dan Isterinya,dan beberapa kali jugak Aziz bergurau dengan cara memperlekehkan isterinya..contoh,masakan dia tak sedap sambil gelak-gelak..dan adalah yang lain2...Kadang-kadang bila bergurau tak sedar mengguris..Sensasi yang terguris mendengarnye..

Apepun,alhamdulillah,nak rujuk balik.kata orang buang yang keruh ambik yang jenrih..




Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.
“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi 

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-