Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, November 17, 2012

Anne Ngasri sah bertunang dengan ahli politik berumur 40 tahun

Share









Tahniah Sensasi ucapkan kepada Anne yang telahpun bertunang bertunang dengan seorang ahli politik iaitu Mohd Samuli Reduan.

 Samuli merupakan seorang ahli politik Setiausaha Kerja Pemuda UMNO. Selepas putus cinta dengan Aliff Aziz nampaknya Anne bertemu dengan Samuli yang ikhlas untuk menjaganya dengan tiga orang anak yang masih kecil hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Wafi.

 Ada desas desus mengatakan yang Samuli ni suami orang,namun Anne menegaskan bakal suaminya adalah seorang duda berusia 40 an..

 Hubungan Anne dan Aliff Aziz sebelum nie berkubur dikatakan kerana Aliff rapat dengan pelakon gandingan nya ,siapa lagi kalau bukan Adira AF. Perkahwinan Anne dengan Samuli bakal berlangsung pada Disember ini.

Menurut Anne,Samuli hadir dalam hidupnya tepat pada masanya:
Dia hadir pada waktu yang tepat dan kami saling melengkapi. Segala-galanya sudah dirancang Tuhan. Saya menginginkan pasangan yang mampu menyempurnakan hidup saya dan anak. Saya ingin membina keluarga sakinah yang menjadi idaman setiap suami isteri.

Kata Samuli pula,

Mula-mula, saya tiada perasaan terpaut kepadanya. Saya tahu dia ada teman lelaki, jadi saya tidak ganggu. Selepas saya tahu dia sudah putus, saya mula rapat dengannya. Saya akui saya sudah lama perhatikan Anne, bila sudah kenal, saya dapat rasakan kami serasi kerana banyak berkongsi persamaan. Saya selesa berkawan dengan dia. Malah, Anne faham saya ada seorang anak dan dia pula tiga anak.







No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-