Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, July 30, 2012

Tahniah Zed Zaidi bergelar bapa,gambar wajah comel anak Zed Zaidi

Share







 
Zed Zaidi Terharu Menyaksi Kelahiran Anak Pertama
Putera sulung Zad Zaidi selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Tropicana Medical Centre, Kota Damansara kira-kira jam 9.30 pagi hari jumaat.

"Alhamdulilah, saya berasa terharu kerana dapat melihat sendiri proses isteri saya melahirkan anak sulung kami. Isteri saya terpaksa melalui pembedahan kerana bayi kami agak besar iaitu seberat 4.32 kilogram.
"Pada mulanya ramai yang menasihati saya suapaya tidak melihat proses bersalin itu kerana takut saya akan mual dan muntah. Namun, saya bersyukur kerana saya dapat bersama isteri saya sepanjang proses itu berlangsung dengan menggenggam tangannya supaya dia kuatkan semangat.

"Paling saya tidak boleh saya lupakan ketika isteri saya dibedah, darah yang terpancut terkena juga kepada saya," ceritanya

Teruja dengan kelahiran putera sulungnya itu, Zed Zaidi berkata dia sudah pun meletakan nama bayinya Ryan Ziqry sejak dia dalam kandungan lagi.

"Sejak kami tahu yang isteri disahkan hamil anak lelaki, saya dan isteri terus memilih nama bayi kami. Saya menamakan nama Ryan kerana saya mahukan huruf R di depan seperti nama saya iaitu Rozaidi.
"Manakala nama Ziqry adalah pilihan isteri saya sendiri yang bermaksud rezeki dalam Islam,"katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-