Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, July 30, 2012

“Politik itu bukan agama”- Diana Amir

Share








Selepas pelakon popular Sheila Rusly dan Umie Aida membidas kenyataan yang dibuat pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti pembangkang PAS selepas dia bertudung, pelakon Diana Amir turut mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

 Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, politik itu bukanlah agama.
“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.
“Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,”katanya.
Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia lebih selesa untuk tidak terlalu jauh berbicara, malah mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila sesuatu isu timbul.
“Cuma bagi saya, tentang politik ini atau yang berkaitan dengan polisi sepertinya, lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri tak pasti,” ujar Diana.
Diminta untuk mengulas isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki semakin berkurang dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.
“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana-mana parti politik periuk nasi artis ini akan terjejas, mereka yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.
Jelasnya, artis yang baru berhijrah perlu kuatkan semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi kelak.
“Kita perlu sentiasa ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapat ganjaran di akhirat bukan didunia ni. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-