Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, July 29, 2012

Kristen Steward curang dengan Rupert Sanders,pengarah filem, Robert Pattinson tertekan dan bawa diri

Share








Hubungan pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart yang bertahan selama tiga tahun akhirnya retak, berikutan dengan kecurangan Stewart yang telah tampil membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka semalam. 
Dipetik dari laporan Dailymail, Pattinson yang dikatakan terlalu kecewa dengan kecurangan yang dilakukan oleh kekasihnya itu telah bertindak keluar dari rumah yang didiami oleh mereka di Los Angeles. Bintang “Twilight” itu dikatakan mahu mengasingkan diri tanpa dihubungi terutamanya oleh Stewart buat masa ini. 
Pada bulan April lalu ketika ditemubual oleh Vanity Fair, aktor kelahiran British ini memberitahu bahawa beliau tidak suka berlaku curang. 
“Saya tak faham kenapa orang sanggup berlaku curang,” kata beliau. 
“Saya bukan jenis lelaki begitu. Kalau saya memilih untuk bersama seseorang, itu sebab atas kemahuan saya sendiri. Kalau saya ada hubungan istimewa, saya akan berikan seratus peratus.” 
Manakala Kristen pula, sedang berada dalam keadaan yang sangat tertekan di atas kesilapan besar yang dibuat beliau dengan mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem “Snow White And The Huntsman”, Rupert Sanders, yang merupakan suami kepada model Liberty Ross dan juga bapa kepada dua orang anak. 
 
Kristen membuat permohonan maaf diatas kecurangannya setelah gambarnya bersama pengarah filem 'Snow White and the Huntsman" tersebar...
 
“Saya sangat menyesal telah memalukan dan melukai orang-orang yang dekat dengan saya. Kecurangan ini telah mengancam perkara penting di dalam hidup saya, iaitu orang yang paling saya cinta dan hormati, Rob. Saya cintakan dia, saya cintakan dia, saya mohon maaf,” kata Kristen.
  

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-