Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, July 17, 2012

Katie Holmes daftar anak di sekolah Katolik,kikis fahaman Scientology dalam diri anaknya

Share







Pantas membuat perancangan agar anaknya menjalani kehidupan normal, bekas isteri Tom Cruise, Katie Holmes telah mendaftarkan anak tunggal mereka, Suri Cruise ke sekolah perempuan agama Katolik di Manhattan's Convent Of The Sacred Heart.


Dipetik dari laman Dailymail, Holmes yang telah diberikan hak penjagaan sepenuhnya oleh pihak mahkamah selepas bercerai dengan Cruise pada akhir Jun lalu didakwa ingin memastikan anak perempuannya tidak terjebak dengan fahaman Saintologi yang diamalkan Cruise.

Laman tersebut turut melaporkan, Suri bakal memasuki sesi persekolahan pada September depan dan pastinya ia akan memberi suasana baru buat kanak-kanak berusia enam tahun ini yang sebelum ini hanya belajar di rumah dan menggunakan tutor peribadi.

"Di sana (sekolah baru), Suri akan mula belajar, bergaul dan berkongsi selain akan mewujudkan suasana yang sihat berbanding kehidupan sebelum ini yang tidak seperti kanak-kanak normal," ujar satu sumber.

Malah menurut sumber itu lagi, yuran tahunan sekolah tersebut dianggarkan melebihi AS$38,000 (RM120,190)

Antara selebriti yang pernah menuntut di sekolah tersebut adalah Lady Gaga, Caroline Kennedy, Jordana Brewster dan juga Nicky Hilton.

Holmes memfailkan penceraian daripada aktor berusia 50 tahun itu bulan lepas dan sumber menyatakan punca di sebalik penceraian mereka adalah kerana kemahuan Cruise yang inginkan Suri bersekolah di sekolah Saintologi sama seperti dua orang anak angkatnya bersama bekas isteri Nicole Kidman, Isabella, 19 dan Connor, 17.

Walaubagaimanapun, pasangan itu menafikan ketidaksefahaman pegangan agama menjadi punca penceraian mereka.

"Kami sangat komited untuk bekerjasama sebagai ibu bapa dalam memberikan yang terbaik kepada Suri. Kami ingin mengekalkan perkara yang terjadi kepada keluarga kami secara peribadi dan menyatakan rasa hormat kami kepada terhadap komitmen kepercayaan masing-masing dan menyokong peranan satu sama lain sebagai ibu bapa."

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-