Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, July 17, 2012

Datuk Fazley dinobat juara MASTERCHEF SELEBRITI Malaysia pertama

Share







Selepas berminggu sejak pertandingan "MasterChef Selebriti" bermula, gelaran juara telah dinobatkan kepada penyanyi Datuk Fazley Yaacob dengan menewaskan pelakon Angah (Raja Lawak) di pusingan terakhir dengan masakan ala barat dan mempunyai cita rasa Perancis.

Mesra dengan panggilan Fazley, beliau mengakui tidak menyangka akan menang dalam pertandingan itu kerana tidak menganggap dirinya sebagai seseorang yang berkemahiran dalam bidang masakan.
http://1.bp.blogspot.com/-iWVzu9C4qjU/UAUi8z0r_mI/AAAAAAAAV0k/WFaW5IcZJ4k/s1600/Fazley+Juara.jpg
"Saya pada mulanya memang rasa tidak yakin untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik, saya terus bersetuju.

"Sejujurnya saya menyertai program ini tanpa banyak ilmu masakan dan semua hidangan yang saya sediakan adalah pertama kali dan Alhamdulillah, para juri menyukainya," ujarnya di majlis tayangan episod terakhir "MasterChefSelebriti Malaysia" yang berlangsung pada malam Isnin.

Hadiah yang diterima adalah dalam bentuk wang tunai bernilai RM57,000 di mana beliau sumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Program "MasterChefSelebriti" sudah bermula semenjak 27 Mac yang lalu. Artis lain yang turut serta dalam pertandingan tersebut adalah Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Siti Sarah Raisuddin, Raja Azmi, Soo Wincci, Angah (Raja Lawak) dan ramai lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-