Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, July 18, 2012

Abby Abadi berasa hairan kenapa wanita tak bertudung,rasa tak berdosakah?

Share









Ramai yang dah tahu bahawa Abby Abadi kini sudah berhijrah.

Dari tak bertudung,kini bertudung litup.cuba mendalami ilmu agama,dan akif dalam menyuarakan pendapatnya tentang keagamaan.

Mungkin dengan hidup baru ,Abby rasa lebih terisi dan ingin berkongsi dengan para peminat dan berdakwah melalui twitter.

Ada yang memandang serong penhijrahan Abby apabila Abby dikatakan sering memberikan pandangan mengkritik,tertutama sentimen politik dan dilihat cenderung berpihak kepada pihak pembangkang.

Bagi Sensasi,masing-masing ada hak dan ada sebab untuk memilih parti politik yang mereka rasakan betul dan bersesuaian dengan kehendak mereka.Samada kehendak duniawi mahupun kehendak rohani.

Ada yang suka parti politik A sebab parti ini dilihat lebih moden dan relevan dengan kehendak duniawi,ada yang memilih parti B kerana dilihat itulah yang diperlukan oleh rohani dan kehidupan yang lebih suci murni..

Ada yang seperti Sensasi,susah nak memilih A mahupun B,.A memang lah bagus untuk kemajuan,B pula boleh jugak maju tapi dengan lebih strict dari segi keagamaan ,tatasusila manusia which is Sensasi rasa bagus,yang tak bagus nya,Sensasi kurang amat mempercayai kredibiliti tunggak utama parti B..yang banyak dipertikaikan niatnya,

Pendek kata,tak perlu lah kita nak marah kalau Abby memilih politik pilihannya. Nak bahas,bahas secara berhemah,tak payah nak berapi2 sangat kan..haha

Terbaru Abby mengeluarkan kenyataan berbaur soalan kepada peminat melalui Twitternya.

Soalan Abby berbaur sinis apabila berkata "kenapa perempuan rasa tak utup aurat takpe?free hair tu x berdosa??"
 
Soalan Abby nie agak sinis,apabila tanya free hair tu tak berdosa?..Sebab Abby dulu pun tak bertudung,pautnya Abby berkongsi apa yang dipikirkannya semasa tak bertudung dahulu.adakah Abby rasa tak berdosa freehair semasa itu??

Mungkin Abby cuba memperingati sesama muslim tapi cara Abby boleh mendatangkan benci kerana seolah olah "Riak" dan 'Takbur"..

Ada hadis mengatakan orang yang merasakan dirinya cukup beriman dan dan baik merupakan manusia yang TAKBUR,dan manusia yang TAKBUR dibenci ALLAH S.W.T.

sama-samalah kita ingat,nak menasihati orang perlu dengan cara yang lembut dan tak menunjukkan takbur,bukan manusia je benci kalau riak nie,tuhan pun tak suka.

Biasalah manusia kekadang khilaf dan tak sedar ter"Riak" jadi jangan marah2 ye semua.




 Okey google tadi terjumpa pic nie,hamboi mekap sekati cik jah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-