Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 19, 2012

Zahida Rafek adalah perempuan simpanan Menteri- Datuk Syafie Apdal?

Share







Hangat dan panas berita kali ini..Sebelum nie Zahida pernah dikatakan dibela oleh VIP namun sering menafikan.Zahida dikatakan sering bershopping di Paris,Milan,London ....

Namun akhirnya hubungan sulit dibongkar oleh pemandu peribadi merangkap pembantu peribadi Datuk dan Zahida.



Laporan polis telah dibuat oleh pemandu peribadi, Noor Azman Azemi yang berusia 38 tahun dalam kenyataan balas terhadap dirinya yang dituduh membawa lari wang berjumlah RM200,00 oleh Zahida Rafik awal bulan lepas.

Dalam laporan tersebut, Noor Azman memberitahu ketika itu dia berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, dia telah didatangi dua orang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

Kenyataan telah diberikan oleh Azman mengenai status hubungan sulit di antara Zahida dengan Datuk Shafie Apdal. Dia turut memberitahu kenyataan yang telah diberikan adalah benar kerana dia merupakan antara orang kepercayaan Datuk Syafie Apdal dalam merahsiakan hubungan sulit mereka yang telah terjalin hampir 3 tahun itu.

Azman turut mengakui bahawa duit yang seringkali diberikan kepada Zahida, dia merupakan orang kepercayan yang akan pergi ke bank.

“Saya telah dilantik oleh Datuk untuk menjadi pembantu peribadi Zahida, saya merupakan antara orang kepercayaan Datuk. Dia turut memberitahu saya agar sentiasa memantau gerak-geri Zahida selama ketiadaan dirinya dan akan melaporkan kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa secara rahsia dengan Zahida di beberapa hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Setiap kali selepas perjumpaan itu, Datuk akan memberikan wang sebanyak RM100,00 hingga ke RM200,00. Wang tunai tersebut kemudiannya akan dibawa ke bank oleh Zahida ditemani saya dan dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Zahida di Menara Perkeso, Ampang.”

Kenyataan laporan polis di atas telah didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen yang lalu.

Melalui siasatan yang telah dilakukan, terdapat beberapa transaksi yang melibatkan sejumlah wang yang banyak telah dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM68,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula sebanyak RM118,000 dan pada Disember pula sebanyak RM333,000 serta pada Januari 2012 sebanyak RM510,000.

Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida memiliki sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Sebelum itu, Zahida pernah ditanya mengenai statusnya yang dikatakan dibela oleh golongan VIP namun telah dinafikan dan memberitahu duit yang dimiliki sekarang adalah hasil daripada perniagaan yang dijalankan sejak beberapa tahun yang lepas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-