Bintang
Keseluruhan: 4
Pelakon: 3.5
Plot: 4
Efek Khas: 4.5
Sinematografi: 4
Tonton jika anda suka filem : "Transformers", “War of the Worlds” & “World Invasion: Battle Los Angeles”
Sejak baru-baru ini, kita dapat melihat bahawa ianya telah menjadi satu trend oleh penggiat-penggiat filem untuk mengadaptasikan filem-filem mereka berdasarkan novel-novel yang laris, kartun kanak-kanak dan juga alat permainan.
Selalunya, filem-filem ini akan menjadi satu ‘box office’ atau mencapai kegagalan. Pengulas, walau bagaimanapun berpendapat bahawa filem “Battleship” ini adalah salah satu contoh terbaik yang menunjukkan kejayaan mengadaptasi cerita dari alat permainan.
Di arahkan oleh Peter Berg (“Hancock”), filem ini akan membawa penonton ke dunia yang jarang diterokai, iaitu kehidupan para kelasi di perairan Lautan Pasifik, Hawaii dan bagaimana kehidupan mereka berubah apabila suatu kuasa makhluk asing telah mengancam dunia.
Fokus filem ini adalah kepada Taylor Kitsch (“Joh Carter”), sebagai Lt. Alex Hopper yang bermasalah dan sering membuat kacau, manakala abangnya, Alexander SkarsgĂ„rd (“Melancholia”) sebagai Stone Hopper, seorang yang berdisiplin dan juga seorang pegawai atasan di atas kapal USS Sampson. Berikutan satu insiden pada suatu malam.
Lt. Alex Hopper telah dipaksa untuk menyertai pasukan tentera laut. Pada mulanya dia enggan, tetapi dia telah berubah hati apabila bertemu dengan Brooklyn Decker yang menawan (“Just Go With It”) sebagai Samantha Shane. Walau bagaimanapun, sayangnya Rihanna tidak berapa menonjol di antara bintang-bintang filem ini, disebabkan oleh karakternya yang banyak memberi dialog-dialog klise dan air mukanya yang tiada perubahan untuk setiap babak yang dilakonkannya.
Tetapi cerita ini juga menampilkan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya, seperti Jessie Plemons (“Paul”) sebagai Ordy, seorang yang berjaya menambat hati penonton dengan lawaknya yang bersahaja di sebalik filem yang sememangnya dipenuhi adegan aksi ini. Filem ini secara sendiriannya sahaja memang satu tafsiran yang baik ke atas alat permainan ‘Battleship’ ini. Peter Berg dan penulis-penulis seperti Jon Hoeber & Erich Hoeber (“Red”), telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam menghasilkan filem ini.
Tetapi cerita ini juga menampilkan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya, seperti Jessie Plemons (“Paul”) sebagai Ordy, seorang yang berjaya menambat hati penonton dengan lawaknya yang bersahaja di sebalik filem yang sememangnya dipenuhi adegan aksi ini. Filem ini secara sendiriannya sahaja memang satu tafsiran yang baik ke atas alat permainan ‘Battleship’ ini. Peter Berg dan penulis-penulis seperti Jon Hoeber & Erich Hoeber (“Red”), telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam menghasilkan filem ini.
Mungkin pada pandangan pertama penggunaan makhluk asing sebagai musuh adalah sesuatu yang mungkin dipersoalkan oleh penonton, tetapi setelah menonton filem ini para penonton akan dapat memahami alasan mereka itu. Selain itu, dipertingkatkan lagi dengan teknologi dan sistem bunyi yang hebat serta grafik yang mantap, filem ini pastinya akan menarik perhatian penonton.
Filem ini juga menampilkan drama dan komedi selain adegan aksi. Versi IMAX filem adalah antara sambutan hangat filem ini. Walaupun tidak mempunyai versi 3D, filem ini dipenuhi dengan adegan aksi yang mantap dan hebat untuk disaksikan di skrin yang besar. Ianya seperti menonton aksi diantara “Transformers” dan “War of the Worlds” bersama.
Filem ini juga satu pengalaman yang menarik dan bersamaan dengan filem-filem lain yang mempunyai genra yang sama, dimana pertempuran antara manusia dan makhluk asing adalah jalan cerita utama, “Battleship” sememangnya berjaya membezakan dirinya dengan filem-filem lain.




No comments:
Post a Comment