Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 2, 2012

Safee Sali bercerai talak satu dengan isteri

Share








Bintang bola sepak negara, Safee Sali, 28, yang baru saja melancarkan komik berjudul Super Safee disahkan baru saja bercerai sebentar tadi.

Menurut laporan media, Safee telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Sabrina Yusof di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar, hari ini.

Prosiding cerai yang dijalankan secara tertutup ini turut dihadiri oleh peguam dari kedua-dua belah pihak.

Punca penceraian pasangan ini masih belum diketahui.

Walau bagaimanapun, peguam syarie Sabrina, Nashuha Abdul Hadi memberitahu bahawa perceraian itu adalah secara baik dan tuntutan perceraian akan diselesaikan atas persetujuan bersama.

Kedua-dua Safee dan Sabrina telah hadir di mahkamah.

Pasangan ini mempunyai dua anak perempuaniaitu Nur Syaza Syaqina berumur tiga tahun dan Nursyasya Safirna berumur satu tahun

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu masih beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-