Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 14, 2012

Natasha Hudson kini bertudung,bernikah esok tanpa majlis resepsi

Share







Natasha Hudson nie memang cantik orangnya,maklumlah kacukan dan berwajah Pan Asian.Natasha dikenali sebagai model pada awalnya,kemudian menjadi pelakon dan penyanyi.Sensasi terkejut juga dapat tahu Natasha dah bertudung sebab sebagai model,natasha memang seksi orangnya..,tapi masa dapat tahu tue busy tak sempat nak update...Alhamdulillah sekarang ramai dah artis berhijab..

Sebelum ini Natasha pernah berkahwin dua kali,Perkahwinan pertama dengan seorang ahli perniagaan,handsome juga orangnya,tapi setelah lima bulan mereka bercerai.Dikatakan ketika itu si suami telah memukul Natasha dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Lepas tue Natasha berkahwin pula dengan ahli politik iaitu Datuk shahrin,perkahwinan mereka dikurniakan anak seorang dan berakhir setelah 5 tahun..ada kontroversi jugak masa tue.

Kali nie,Natasha bakal menjadi isteri sekali lagi...pada 15 April,esok.


“Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia.

"Tarikh itu dipilih kerana pihak masjid maklumkan tarikh itu masih kosong. Bukan ada sebab lain. Kami akan adakan majlis sederhana sahaja. Tidak ada sebarang majlis resepsi kerana kami tidak mahu bazirkan duit. Selepas akad nikah selesai, akan ada majlis makan-makan untuk tetamu. Itu sahaja,” ujar Natasha.

“Baik Carleed mahupun pihak keluarga, masing-masing tidak kisah sama ada hendak adakan majlis resepsi atau tidak. Sebenarnya mereka pun tidak suka kalau kami hendak adakan majlis beberapa kali. Cukuplah sekadar majlis yang sederhana tapi cukup bermakna,” ulas ibu kepada Nessa Helena ini.

Untuk makluman, bakal suami Natasha selain bergelar penyanyi dia juga seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat muzik, PhuturePhlow. Pasangan ini pernah berduet menerusi lagu "Jika Ku Boleh Ubah Dunia".

gambar natasha hudson bertudung


“Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini.

"Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan,” ujar Natasha dengan nada gembira.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-