Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 2, 2012

Nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustafa?

Share








Agak kelakar jugak kalau nama aaron Aziz yang kedengaran "modern" rupanya bernama Mat Haron...hehe

Sekarang nie kecoh di alam maya yang nama sebenar Aaron aziz dah terbongkar.Namun Diyana Halik iaitu isteri Aaron Aziz menafikan ..

Mungkin sekadar April fool je kot.maklumlah gambar tersebut mula disebarkan semalam iaitu 1 April 2012..



"Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

"Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

"Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya," jelas Diyana.

Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan.

Dia juga berkata, mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-