Pelakon terkenal dengan filem “Transformer”, Megan Fox disahkan
mengandung anak pertama bersama suami yang juga seorang pelakon dalam
rancangan bersiri terkenal “Desperate Housewives”, Brian Austin Green
yang berusia 38 tahun.
Fox yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mempunyai anak
sendiri memberitahu bahawa dia inginkan dua orang anak dan mungkin tiga
orang kesemuanya.
“Saya inginkan sekurang-kurangnya 2 orang dan tidak kisah jika memiliki 3
orang anak bagi masa akan datang. Saya suka perasaan bergelar ibu
kepada anak-anak sendiri.”
Walau bagaimanapun, anak yang bakal dilahirkan nanti merupakan anak
kedua bagi Green yang mana dia mempunyai seorang anak yang kini berusia
10 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini.
Pasangan bahagia ini mula berkenalan di set penggambaran dalam rancangan
televisyen komedi “Hope And Faith” pada tahun 2004 dan mengharungi
hubungan yang naik turun sebelum ini sehinggalah mereka mengambil
keputusan untuk mengikat tali perkahwinan pada tahun 2010.
Dalam pada itu, aktres berusia 25 tahun ini akan muncul dalam filem
terbarunya “Friends With Kids” yang dijangka akan berada di pasaran
Amerika Syarikat sekitar bulan September tahun ini manakala untuk
tayangan di Malaysia dan Singapura masih belum diketahui.

No comments:
Post a Comment