Pelakon Que Haidar dan isterinya Linda Jasmine menyambut kedatangan bayi perempuan mereka pada 1.30 petang Khamis lalu.
Dipetik dari laporan mStar, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra
Haidar, sempena nama ratu Mesir zaman dahulu, telah selamat dilahirkan
melalui pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan
manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.
"Keadaan saya bertambah baik namun masih mengalami kesakitan kerana
tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya
Linda.
Walau bagaimanapun, Cleo yang sepatutnya dijangka lahir pada awal bulan
Mei, telah dilahirkan pada 26 April lalu melalui kaedah perubatan
mempercepatkan kelahiran, supaya tarikhnya sama dengan 2 anak mereka
yang lain.
Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini
berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu
Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula
lahir pada 26 Oktober 2009.
Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.
"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih
Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan
kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.
Berbeza dengan anak-anaknya yang lain, Linda menyatakan bahawa Cleopatra
mempunyai mata yang jernih dan kulit yang lebih cerah, seperti
dirinya.
"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap
kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur
baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.

No comments:
Post a Comment