Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, April 1, 2012

Lagu Bawaku diharamkan penyiarannya,Malique kesal tidak diberi pengadilan

Share







Korang dah dengar lagu 'Bawaku Pergi" yang dicipta oleh Malique? Sejujurnya pertama kali sensasi mendengar lagu ini,memang Sensasi agak terkejut kerana liriknya memang seolah-olah seperti kisah remaja yang mengajak kekasih pergi lari dari realiti dan bawa pasport untuk ke luar negara.

Bagi Sensasi memang lagu nie tak memberi kesan pada sensasi tapi sebenarnya,lagu memang mampu mempengaruhi remaja terutama remaja yang bermasalah dan berpikiran sempit,jadi lagu memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu..

Lagu yang membawa erti seolah mengajak remaja lari dari rumah memang mampu membuatkan ibu bapa berasa sentap apabila mendengarnya..

Tapi Malique mempunyai alasan tersendiri...

Pengharaman lagu "Bawa Aku Pergi"


Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.


"Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu Bawaku Pergi harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri.

"Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik," katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Malique turut menjelaskan maksud dan bagaimana lagu Bawaku Pergi itu dicipta.

"Pada tahun 2008, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh.

"Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya.

"Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

"Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'.

"Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

"Saya gemar mengembara, dalam dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja," luahnya dalam kenyataan tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-