Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, April 2, 2012

Komen Datuk Siti Nurhaliza tentang isu Datuk K berkahwin dengan Rozita Che Wan

Share







Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K memang pasangn romantis yang sering ke sana sini bersama-sama.
Tapi entah kenapa Rozita Che Wan sering dikaitkan dengan Datuk K.
Dulu semasa awal perkahwinan Siti lagi, Rozita digossipkan sudah berkahwin dengan Datuk K, dan dikatakan Datuk K membeli kereta BMW untuk Rozita..

Kini apabila cerita anak Rozita lari dari rumah kerana merajuk, sekali lagi Rozita dikaitkan bakal berkahwin, ada juga yng ckp sudah berkahwin dengan Datuk K, kononnya anak rozita merajuk apabila rozita berkahwin dengan Datuk K.

Mungkin ada yang cemburu dengan kebahagiaan Siti?

Menurut Rozita, dia mungkin akan menyaman org yang menyebarkan firnah tersebut supaya jangan teis menerus menfitnah dan merosakkan rumahtangga orang lain.. sensasi rasa mmg patut pun .. Huhu


"Sebolehnya Siti pun tak mahu komen sebab lagi Siti bercakap, lagi berpanjangan isu ini. Siti tahu gosip ini dari ruangan Internet. Sejujurnya, Siti tak ada pun rasa nak marah ke, rasa sedih ke atau apa pun sebab Siti dah lali dengan dakwaan sebegini rupa ",

"Siti pun tak pernah tanya suami mengenai isu ini sebab Siti tahu cerita ini semua tak betul. Geram tu memang adalah tapi kalau kita layan sangat cerita macam ini, kita juga yang akan pening kepala nak fikir pasal benda-benda ini."

Mengulas mengenai perhubungannya dengan Rozita Che Wan, Siti mengakui tidak ada masalah langsung yang timbul dek penyebaran gosip ini.

"Tak ada sebab untuk Siti bermusuh dengan beliau. Siti jumpa kak Rozita pun, Siti akan tegur macam biasa. Tak ada sebab Siti nak lari dari dia ke atau anti dia. Siti tahu hakikat cerita ini tak benar", ujar penyanyi kelahiran Kg Awah, Temerloh ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap si penyebar fitnah tersebut seperti mana yang Rozita akan lakukan, Siti memberitahu, "Memang ada terfikir nak ambil tindakan yang sama tapi susah nak cari orang dalam alam maya ini. Tapi kalau Siti dapat orang tu, tahulah Siti nak buat apa.

"Kita berserah dan berdoa kepada Allah agar penyebar fitnah itu kembali ke pangkal jalan dan diampunkan dosanya. Itu saja cara yang terbaik. Siti pasti dia pun tahu fitnah itu lagi dahsyat dosanya dari membunuh. Siti hanya mampu sabar dan tahap kesabaran Siti hanya Allah saja yang tahu."
"Datuk K agak tertekan apabila rakan-rakan serta saudara mara bertanya akan kesahihan gosip tersebut. Apa-apapun, sikit pun Siti tak pernah nak mencurigai apa yang suami Siti buat. Insya-Allah, Siti lagi mengenali suami sendiri. Datuk K pun lepas kerja terus balik rumah dan meluangkan masa bersama Siti," tambah Siti

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-