Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 14, 2012

Kisah Awie dikafankan untuk buang santau

Share








Setelah bertahun-tahun menderita akibat terkena perbuatan orang, pelakon serta penyanyi, Awie mengakui kesihatannya kini semakin pulih. Awie ketika ditemui pada majlis tayangan filem ‘Berani Punya Budak’ di e@Curve, malam tadi memberitahu semakin pulih setelah membuat rawatan perubatan Islam beberapa kali sejak empat bulan lepas.

“Alhamdulillah, setelah menggunakan kaedah perubatan Islam, saya dah okay sikit. Pelbagai tempat saya pergi termasuk di Klang, Tapah, Bangkok dan juga Kuantan, akhirnya keadaan saya semakin pulih. Lepas dah buat rawatan, saya dah bersemangat dan ada ‘jiwa’ sikit,” ujar Awie yang dipercayai terkena santau tuju-tuju.

Berkongsi tentang penderitaan serta rawatan yang diterimanya, Awie memberitahu, “Saya dah menderita akibat perbuatan orang ini dah bertahun-tahun, sejak saya masuk Wings balik. Namun, saya mula rasa teruk selepas ayah saya meninggal dunia pada 15 Jun tahun lepas. Mula-mula saya tak percaya langsung benda-benda santau ini, tapi bila dah kena baru tahu. Ini merupakan pengalaman yang paling teruk pernah saya alami,”kongsi Awie

“Mula-mula, saya batuk tak berhenti-henti selama tiga bulan. Masa itu saya nak buat konsert dengan Ella di Istana Budaya. Saya batuk sampai rasa mata nak terkeluar dan rasa otak nak tercabut. Malah, saya sendiri dah habiskan RM3,000 pergi jumpa doktor dan ambil ubat, tapi batuk saya tak baik-baik lagi.

“Saya juga pernah mengalami kaki bengkak macam belon sampai bangun pagi tak boleh jalan. Masa itu saya nak pergi buat teater Cuci The Musical. Bila jumpa doktor, doktor kata gout dan mereka bagi saya steroid, antibiotik dan ubat tahan sakit saja. Namun, lama-kelamaan, bengkak itu ada balik. Saya kemudian cuba buat perubatan Islam di Tapah, dan saya terkejut apabila masa itu keluar jarum dari kaki. Bila dah keluar jarum itu, terus kaki saya dah okay.

“Selain kaki bengkak, saya juga pernah rasa bergelombang di rumah serta pelbagai benda bukan-bukan yang keluar. Saya tak nak isteri dan anak-anak kena jadi saya cuba berubat dengan apa juga perubatan, asalkan ia tak memudaratkan. Saya tak guna khidmat bomoh sebab ia selalu dikaitkan dengan jin dan syaitan. Jadi, saya mengambil kaedah perubatan Islam sebab ia mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran.”

Tambah Awie lagi, “Pernah sekali saya buat rawatan di Klang, mereka bagi saya minum air satu jar, baru saya muntah. Kalau orang lain, minum segelas dua mereka dah muntah. Pernah juga saya sampai dikapankan untuk buang santau dalam badan saya. Bila dah buang dua kain kapan, baru saya muntah macam air pancut,” ujar Awie percaya apa yang berlaku pasti ada sebabnya.

“Saya manusia biasa yang mungkin terleka dibuai duniawi. Mungkin saya pernah kurang ajar atau termarah kedua ibu bapa, adik beradik dan sesiapa saja secara tak sengaja. Saya percaya, apa yang berlaku berdasarkan dosa pada diri saya sendiri dan mungkin Tuhan nak menghapuskan dosa-dosa yang saya lalui.

“Saya juga percaya, Tuhan jatuhkan hukuman secara tunai pada saya di dunia. Namun, sebagai manusia, saya punya perasaan dan tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kini setiap hari saya rasa bertaubat dan cuba untuk mengatasi kelemahan pada diri saya. Andai ada yang berdendam dengan saya, saya ampunkan dosa mereka yang buat benda ini terhadap saya. Saya tak akan berdendam dengan sesiapa,” ujar Awie mengakhiri perbualan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-