Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 14, 2012

Gambar-Rita sambut hari jadi ke-36,terima surat permohonan cerai dari Aidil

Share







“Kekuatan saya datang dari anak-anak saya. Saya tak akan menangis depan anak-anak sebab saya tak nak anak-anak tengok saya lemah dan sedih,” ujar pelakon terkenal, Rita Rudaini ketika ditemui pada majlis sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-36 di Hotel Royale Chulan, petang semalam.

Bertemakan ‘Luxurious Black’, majlis hari jadi Rita dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada peminat, para artis dan rakan media. Walaupun baru saja menerima permohonan perceraian yang difailkan suaminya, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak, sehari sebelum hari jadinya, namun Rita dilihat begitu tabah meraikan hari jadinya seperti tiada apa yang berlaku.

“Saya dah biasa sebab sebelum ini pun saya dah banyak kali dihina dan dipulau sebab saya kahwin lari. Saya buat semua ini sebab sayang dan cinta pada dia. Namun, sekarang saya dah tawar hati kerana dah banyak peluang saya bagi pada dia sebelum ini. Jadi sekarang saya serahkan segalanya kepada Allah.”

Namun, hati wanita mana yang tidak tersentuh apabila rumahtangga yang dipertahankan selama ini bakal berkecai begitu saja. Ketika ditemubual, air mata ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1 ini akhirnya menitis kerana tidak dapat menyimpan lagi beban yang tersemat di hati.

“Saya tak suka menangis dan susah nak menangis. Saya sedih bukan sebab benda ini tapi sedih sebab tengok anak-anak saya. Mereka adalah kekuatan saya. Mereka sentiasa ada bersama di sisi saya dan bila tengok anak-anak, saya rasa terharu sangat. Saya harap selepas ini saya dan anak-anak akan lebih bahagia dan tak ada masalah seperti sebelum ini.”

Ditanya sudahkah dia bersedia memegang gelaran janda atau ibu tunggal, Rita memberitahu, “Tak ada hinanya status janda atau ibu tunggal. Bagi saya semua orang sama saja. Saya pun tak faham kenapa semua pandang hina dengan status tersebut.”

Menyentuh mengenai soal hak penjagaan anak kelak, Rita memberitahu, “Saya serahkan semuanya pada peguam. Jika dia failkan hak penjagaan anak-anak, saya akan berjuang habis-habisan. Saya doakan tidak ada siapa yang boleh pisahkan anak-anak dan saya.

“Saya dah bersusah-payah mengandungkan dan membesarkan mereka. Jadi, saya tak akan biarkan sesiapa pisahkan anak-anak dengan saya, kerana hanya Tuhan saja yang boleh pisahkan kami,” tegas Rita lagi sambil memberitahu sudah mempunyai perancangan untuk anak-anaknya.

“Selepas ini saya akan utamakan anak-anak dan saya nak besarkan anak-anak saya dalam keadaan sempurna serta mendapat didikan yang betul. Saya nak ajar mereka hidup berdikari. Saya juga akan cuba sebaik mungkin untuk tumpukan perhatian pada anak-anak dan membesarkan mereka walaupun tanpa seorang suami.”


gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

gambar rita rudaini

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-