Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, April 26, 2012

Fida dan Mamat kini bercinta semula,Mamat mahu pergi ke hubungan lebih serius

Share







Adat orang bercinta ada naik dan turun nya,hati wanita nie keras keras kerak nasik kata orang..Makin lama dipujuk lama-lama lembut jugak.Lelaki kene pandai berlembut dan mengalah barulah si kekasih rasa dihargai. Fida sebelum nie putus cinta dengan Mamat kerana kontroversi gambar Fida tak bertudung.



Hubungan percintaan dengan  Mamat yang terputus sejak setengah tahun lalu kini dikatakan sudah bertaut kembali selepas pasangan ini dipertemukan semula dalam sebuah program di TV9. Perkara ini disahkan sendiri oleh Fida ketika ditemui pada majlis pelancaran Barisan Artis Nasional di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
  Fida Akui Masih Sayang Mamat
“Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”ujar Fida sambil memberitahu bekas kekasihnya itu masih berusaha untuk menambat semula hatinya.

“Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

“Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Hubungan Fida dengan ahli perniagaan pu la bagaimana?

 “Kami hanya berkawan baik. Kami dah kenal lebih setahun dan hanya mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Bukan saya tak nak serius, tapi saya baru saja putus cinta dengan Mamat jadi lebih baik saya fokus dengan kerjaya dulu.”

Dalam perkembangan lain, Fida yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama ‘Tetap Mangrib’ untuk siaran bulan Ramadhan ini memberitahu bakal melancarkan single terbarunya, ‘Apo Kono Eh Jang’ yang diberi nafas baru dan digubah semula oleh Alfa Booty, pada bulan Mei nanti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-