Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, April 1, 2012

Fauziah Ghous bercinta dengan Dato Farid?

Share







Sensasi pun terkejut jugak bila mendengar cerita nie,maklumlah dulu Dato Farid Ridzuan sering membawa anak dan isterinya ke event-event media prima. Rupanya Dato FR dah bercerai 2 tahun yang lepas.

Dan Sensasi dengar cerita Fauziah Ghous dan Dato Farid sudah intim semenjak lebih dua tahun lepas lagi...

Iqram Dinzly sering disangka kekasih Fauziah namun sebenarnya mereka adalah rakan karib..



“Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat keikhlasan dan ketulusan dia nak berkawan dengan saya. Dia yang juga merupakan rakan niaga abang saya turut pernah menyuarakan hasratnya untuk melamar saya. Tapi ia masih awal lagi kerana kami kini sedang dalam proses mengenal hati budi masing-masing,”katanya

“Sejak dulu lagi saya tiada apa yang nak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya menafikan kerana ketika itu kami masih belum rapat. Baru-baru ini sahaja kami mula keluar.”jelasnya.

Fouziah yang memberitahu bahawa dia sebelum ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki, jadi dia mahu berkawan dan mengenali lelaki dahulu, dan jika ada jodoh dia bersedia untuk berkahwin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-