Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, April 24, 2012

Erra tak manjakan Engku Aleesya,jawab gossip rumahtangga

Share







Selepas bergelar ibu, aktres terkenal Erra Fazira mengaku bahawa dia kini sudah kurang aktif dalam dunia seni kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada rumah tangganya terutamanya kepada anak tunggal, Engku Aleesya, hasil perkahwinannya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Munurut petikan daripada Harian Metro, Erra berkata walaupun anak perempuannya itu dilahirkan di dalam sebuah keluarga mewah, namun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek memberitahu bahawa anaknya tidak dimanjakan dengan pelbagai benda.

Ini dibuktikan apabila Erra membuat majlis hari jadi anaknya pada 30 Mac lalu secara kecil-kecilan di Plaza Damas, Sri Hartamas yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan artis bersama anak masing-masing, antaranya Datin Paduka Umie Aida dan Wan Khatijah.

“Saya tidak melihat kenapa kita perlu meraikan hari jadi anak secara besar-besaran kerana dia masih kecil dan tidak ingat pun apa yang berlaku ketika itu.”

“Jadi saya putuskan untuk menyambut majlis hari jadi Aleesya di kelas gimnasiumnya saja kerana selepas habis kelas, dia boleh terus meniup lilin dan memotong kek hari jadinya bersama kanak-kanak lain di situ.”

Jelas pelakon berusia 36 tahun ini, bukan susah untuk buat kanak-kanak gembira kerana apa yang penting ada kek hari jadi dan lilin untuk ditiup dan dikelilingi kawan-kawan mereka.

Sementara itu, Erra diminta untuk mengulas tentang gosip rumah tangganya yang didakwa goyah akibat orang ketiga, dengan kelibat Engku Emran tidak kelihatan pada majlis hari jadi anaknya itu menimbulkan lagi persoalan tentang status perkahwinan mereka.

“Saya pun tak tahu dari mananya datang gosip ini. Sampai sekarang pun orang masih sebarkan cerita sama mengenai rumah tangga saya. Sejauh manakah kebenaran gosip itu, saya pun tidak pasti.”

“Apa yang saya boleh katakan di sini, rumah tangga saya sama saja seperti suami isteri lain di luar sana, ada naik dan turunnya,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-