Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, April 15, 2012

Debaran Fasha menjadi isteri, Fasha sifatkan Jejai seorang yang bijak dan berpengetahuan luas

Share








27 April bakal menyatukan Fasha dan kekasih hatinya Rizal Ashram ,Jejai..lagi 12 hari,Fasha menghitung hari dan berdebar.




“Tuhan akhirnya memakbulkan doa semua yang ingin sangat melihat saya bertemu jodoh dan bahagia di samping Rizal,” kata Fasha sebak.

“Pelbagai rasa yang sedang saya lalui ketika ini. Saya pasti ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana setiap wanita akan berdepan dengan apa yang saya rasai.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang memahami diri ini, malah menerima saya seadanya. Jejai bukan sekadar seorang kekasih tetapi juga sahabat yang sentiasa di sisi setiap kali saya memerlukan,” katanya.

Fasha berkata, ahli perniagaan itu seorang yang matang, malah sentiasa membentuknya menjadi wanita yang positif dan berani mengambil apa saja cabaran di depan mata.

“Mungkin kerana berkongsi minat yang sama terhadap haiwan, jadi perbualan kami tidak pernah bosan malah Jejai sentiasa terbuka untuk berbicara mengenai apa saja topik.

“Dia lelaki yang bijak dan berpengetahuan, secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Jejai banyak mengubah hidup saya supaya menjadi lebih objektif,” dedah gadis kelahiran Johor Bahru mengenai keistimewaan lelaki itu.

Akui Fasha, keinginan untuk mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pernah disuarakan Jejai tahun lalu namun ditolaknya kerana masih belum bersedia.

Enggan berselindung, Fasha menjelaskan, ketika itu terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya malah komitmen terhadap karier seni membuatkan dia enggan memperjudikan masa depannya dengan sebuah perkahwinan.

“Tetapi Jejai tidak putus asa. Dia cuba melamar lagi pada awal tahun ini dan entah dari mana kuasa itu datang, saya tidak lagi berfikir panjang dan terus bersetuju.

“Ketika itu saya dapat merasakan Tuhan melapangkan laluan untuk saya melangkah seluas-luasnya hingga saya bersedia memberikan sepenuh jiwa dan raga kepada seorang lelaki yang paling saya sayangi,” katanya.

Fasha berkata, majlis pernikahannya yang akan diadakan secara tertutup itu hanya mengundang 300 tetamu terdiri daripada keluarga, sahabat, peminat serta teman media yang akrab dengannya.

Ia disusuli dengan dua majlis persandingan yang akan berlangsung pada Mei ini, namun Fasha masih belum bersedia untuk berkongsi segala perincian mengenai acara itu.

“Bukan berahsia cuma masa tidak mengizinkan saya untuk berkongsi semua cerita. Saya juga menghormati permintaan keluarga Jejai dan ibu bapa yang enggan perkahwinan ini terlalu digembar-gemburkan.

“Jejai sendiri selesa semuanya berjalan secara sederhana. Saya harap semua peminat memahami,” katanya menjelaskan tindakannya yang disifatkan sesetengah pihak sebagai strategi untuk memancing perhatian peminat.

“Saya terima kenyataan tidak selama-lamanya saya akan berada di atas. Selagi masih belum bergelar isteri, keutamaan saya tetap kepada karier lakonan kerana periuk nasi saya di sini.

“Tetapi apabila tiba masanya, fokus saya akan beralih arah dan ketika itu saya mungkin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan pula.

“Alhamdulillah hampir sedekad dalam dunia lakonan saya sudah mengecapi beberapa kejayaan namun masih ada lagi yang belum saya capai dalam hidup ini.

“Saya ingin mencipta nama sebagai usahawan dan pada masa sama, menjadi isteri dan ibu yang berjaya. Itu doa saya ketika ini dan Insya-Allah, saya berharap niat suci itu direstui Ilahi,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-