Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, April 18, 2012

Bob Kuman,tak mampu lagi bangun hanya tinggal Rm36 dalam akaun

Share








Terkedu seketika apabila membaca laporan eksklusif yang dilakukan wartawan TV3 Mazidul Akmal Sidek mengenai keadaan kesihatan yang tidak sihat dialami oleh pelawak terkenal, Bob Kuman.

Kisah bermula apabila Bob terjatuh ketika sesi pengambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” sekitar tahun 2011.

Ketika kejadian, Wahid Senario dan Lan Pet Pet ada menjadi saksi kejadian malang yang melanda diri Bob Kuman.

Dia yang memberitahu, “Dalam keadaan sakit, semput dan sukar bernafas ketika itu, saya gagahkan diri untuk pergi ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung. Selepas keluar dari hospital, saya diberitahu kos perubatan mencecah sehingga ke RM7,000, ketika itu tuhan sahaja yang tahu perasaan saya kerana produser drama tersebut langsung tidak mahu membantu. Itu yang membuatkan saya kecil hati. Mujurlah, ketika itu ada rezeki diterima untuk saya lunaskan hutang namun masih berbaki RM3,600.”

Kesihatan Bob Kuman semakin merosot apabila kini dia terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bantuan oksigen ditambah dengan pergerakannya yang terbatas sejak 8 April lalu kerana tidak mampu untuk bangun.

Ujar Bob lagi, dia amat memerlukan bantuan oksigen sendiri, namun tidak mampu untuk membelinya kerana kesempitan duit.

"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Powersaya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-