Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, April 14, 2012

Aidil akan berikan hak penjagaan penuh anak kepada Rita

Share







Sedih dengan pengakhiran kisah rumahtangga Rita dan Aidil yang sering disensasikan.
Apepun jodoh ditangan tuhan,sama-sama doakan yang terbaik buat Rita dan Aidil,andai kata masih ada jodoh antara mereka tak mustahil mereka masih boleh berbaik semula..Entahla masalah Rita dan aidil memang sering terjadi lebih lagi apabila dicampuri keluarga.

memang kita sering kali mendengar kisah,kahwin tanpa restu keluarga susah bahagia dan akhirnya tak berkekalan..Mungkin kerana masalah berkahwin senyap-senyap,tak direstui akhirnya perkahwinan kucar kacir.

Apepun,memang Kesian dengan Rita .Namun aanak-nak menjadi kekuatan untuk Rita,wajah anak-anak Rita pulak memang iras Aidil.Takpelah nanti bila mereka dah besar boleh lah jaga mak.


Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya. Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan.

Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu.

Dia yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia turut memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.

Namun, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu menafikan dakwaan Rita yang mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan.

Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.

Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka.

Dalam satu laporan berbeza oleh Media Hiburan, dalam nada suara yang bergetar, Aidil turut berkata akan menyerahkan hak penjagaan anak-anak pada Rita kerana anak lebih rapat dengan ibu mereka:-

Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-