Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 26, 2012

Mawi,Ekin dan keluarga diikat ,rumah dirompak perompak bersenjatakan pedang samurai

Share







Kesian Mawi,Sensasi lagi kesian kat ekin yang masih berpantang tetapi diikat perompak pula..nasib baik mereka tidak diapa-apakan.

walaupun tidak diapa-apakan secara fizikal,namun tentunya emosi sangat2 terganggu dan trauma...Sensasi pun biasa kene rompak..menggeletar dan trauma lah sgt..walaupun tak cedera pape pun kan..

Sensasi harap perompak-perompak( 4 org semuanya) berjaya ditangkap..


Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.

Mawi menunjukkan bagaimana dia diikat.

Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya

Inilah rumah Mawi yang dimasuki perompak.

Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-