Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 21, 2012

Mamat mengaku masih cintakan Fida

Share








Kalau korang ingat lagi..Mamat Sepah dan Fida putus cinta gara-gara mamat terupload gambar Fida tak bertudung...Camtue pun boleh menyebabkan putusnya jalinan kasih..nampak sgt bertapa rapuh cinta mereka sebab satu silap terus break off..

Mungkin Fida tertekan di kritik masyarakat dan ditambah dengan kisah percintaan Mamat dengan kekasih lamanya Adda,mamat dikatakan seorang playboy dan banyak dah perempuan dikecewakan mamat ..dan akhirnya mamat pula dikecewakan Fida..Karma? erkk....

Menurut kenyataan Fida tak berapa lama dulu,selepas berpisah dengan Mamat,dia dah temui pengganti..Seorang businessman katenyer...

Baru-baru nie mamat dan Fida telah berbaik semula.Pun begitu masing-masing menafikan bercinta semula,tapi hanya berbaik sekadar kawan...Atau mungkin mereka cuba menyorokkan kisah cinta kerana takut dilanda kontroversi lagi?

Jom baca luahan hati Mamat.

Adakah anda masih berhubung dengan Fida selepas putus cinta?

MAMAT: Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik.

Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami.

Pernah merancang untuk menjalinkan semula hubungan cinta dengan Fida?

Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Setakat ini kami lebih selesa untuk berkawan sahaja dan saya anggap dia seorang kawan yang sangat baik kerana masih mengambil berat terhadap diri saya. Malah, saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Adakah anda tidak mahu mencari teman wanita lain?

Selain terpalit dengan kontroversi bersama Fida, saya juga dikatakan seorang lelaki playboy kerana sikap saya yang terlalu peramah dengan sesiapa sahaja sehingga dilabel sebegitu. Jadi, saya tidak terfikir untuk mencari teman wanita baharu dan lebih selesa dengan kehidupan sekarang.

1 comment:

Anonymous said...

Oi mamat, tak payah ko usik awek aku lagi, blah lah lu muehehehe

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-