Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, March 1, 2012

Kisah seorang bakal paderi Di Malaysia memeluk agama Islam

Share








Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

5 comments:

Anonymous said...

Loo Jo Yee binti Abdullah tu nama pompuan.. gambarnya pun terang-terang jentina pompuan.. Dlm kristian, org pompuan tak bole pulak jadik paderi. Kalu nak keluarkan kenyataan tu, buat la penyelidikan dlu.. kalu teda pun, biarlah tulis Adik Loo Jo Yee binti Abdullah ni memeluk agama Islam.. tak paya la tulis "Bakal Paderi Malaysia...." Di Malaysia ni, dia bukan sorang ja yg memeluk agama Islam, ada ramai lagi..

Anonymous said...

kalau bukan paderi untuk perempuan di panggil NUN dan sekarang memnag ada paderi perempuan la macam ada perempuan islam memprjuang hak sama gender,dimana perempuan pun jadi iman untuk lelaki macam tu tau ke.

Anonymous said...

NUN? bodoh...NUN lain..paderi lain..tak ade paderi perempuan..kalau ada, itu bukan paderi kristian..

Anonymous said...

Toksah gaduh2...
Dah dia dpt hidayah,kira OK la tuh..
Pastu dah tbukti bila dia sndiri ckp kandungan bible banyak menyimpang dr ajaran sebenar. Sememangnya sy penah tbca jg bkaitan kandungan bible yg agak dragukan kandungannya. Sy msih simpan buku yg mbuktikan ada kecelaruan berlaku.
Lgpun,dekat kg. saya d Sabah(majoriti org Kristian), bnyak pegangan diorang n berbeza dengan kaum2 kristian d kg2 yg berdekatan. So? Bukanka sesebuah agama itu perlu DIYAKINI dan DIPRCAYAI dan hanya berlandaskan pd hukum yg SATU??
Tepuk dada tanya selera...
(Islam Itu Indah)
Tdk btujuan memburukkan Kristian. Sekian...

easter vv said...

jgn cakap sbrangan kalo xtau.. TIDAK ADA PEREMPUAN jd paderi. yg ko prcaya sgt ckp pmpn tue nape? dh mmg dia nk msuk islam, msti lar hntam sbrgan prkara yg dia nk buang. mcm org yg bru brkhawin, msti la puji2. tp bla nk cerai, nk tngal kn, kutuk la.. ckp sbrangan la.. jgn brani pertikaikn soal agama orang lain kalo dri sndri xmau dipertikaikn agama.. 1 lg, stiap orang mmpunyai naluri yg trsendiri.. masa sy stdy kat kk dulu, sy brkawan rpt dgn sowg pmpn yg brtudung labuh. tngal dkat kk jgk.. then ada suatu hri sowg laki muslim nie suruh aku lafazkn ssuatu. blom cecah 5 patah prkataan pon yg laki tue sbt, trus kwn aku yg pmpn tudung labuh nie ckp "tutup tlinga kau! jgn dgr pa yg dia cakap!' trus dia mrh laki tue 'jgn main pksa owg. jgn over' hah! see!

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-