Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 30, 2012

Gambar pertunangan Liyana Jasmay dan Fathudin: "Kami memiliki keserasian yang jitu"

Share







hehe kalau korang perasan tunang liyana dan emaknya nampak serius je,manakala Liyana dan emaknya nampak hepi-hepi je..kebetulan je korang jangan spekulasi pulak.
Liyana Jasmay, sah bertunang dengan seorang ahli perniagaan muda, Fathuddin yang berusia 28 tahun.

Majlis pertunangan gilang-gemilang itu berlangsung di kediaman milik keluarga Liyana Jasmay di Kemensah Height, Hulu Kelang, malam Rabu semalam.

Ketika majlis pertunangan tersebut berlangsung, kedua-dua pihak telah bersetuju memilih tarikh pernikahan iaitu pada 24 Januari tahun hadapan selepas Liyana menamatkan kursus jangka pendeknya dalam bidang pengarahan di New York, Amerika Syarikat.

Liyana yang tampil anggun pada malam tersebut dengan memakai baju rekaan Rizman Ruzaini yang bernilai hampir RM 10,000 memberitahu bahawa majlis ini adalah tanda dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri meskipun baru berusia 24 tahun.

“Walaupun orang cakap usia saya ini masih boleh berseronok dan tidak perlu memikirkan soal kahwin tapi pada saya, diri saya yang jauh lebih matang dari umur merasakan sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.”

Pihak lelaki menghantar sebanyak 5 dulang hantaran yang kemudianya dibalas oleh pihak perempuan dengan 7 dulang.

Ujar LJ lagi, detik pertemuan mereka adalah apabila mereka diperkenalkan oleh rakan baiknya sebelum malam tahun baru. Perkenalan itu berterusan apabila Fathuddin mula memberikan pesanan ringkas berbunyi “Hi Jiran”. LJ tersenyum apabila menerima pesanan tersebut, bermula dari situlah detik perkenalan mereka. Setelah bertemu untuk kali yang kelima, perasaan terhadap Fathuddin bertukar menjadi sayang.

“Saya merasakan kami mempunyai keserasian yang jitu. Dia juga walaupun nampak serius dan matang, masih ada sifat kelakar dalam dirinya. Selain daripada sifatnya yang ikhlas berkawan dengan saya, dia amat menyanyangi keluarga saya dan perkara itu membuatkan saya tersentuh dan merasakan dialah calon paling sesuai.”

Liyana Jasmay bakal meriliskan lagu terbarunya pada 30 Mac ini yang berjudul “Cinta Bersatu” dimana lagu tersebut ditujukan khas untuk tunanganya Fathuddin atau nama sebenar, Fathuddin Mazlan.


nah sekeping gambar Liyana dan Fathudin yang ceria bersama..
Fathudin nampak matang dan dewasa manakala Liyana masih nampak seperti budak-budak..

Apepun tahniah sensasi ucapkan kepada Liyana Jasmay dan pasangan..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-