Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 30, 2012

Gambar-gambar Abby bertudung,perpisahan dengan Zul percepatkan niat Abby ke Mekah

Share







Alhamdulillah seorang lagi selebriti kita dah berhijrah memakai tudung,semoga selepas ini Abby lebih tenang dan gembira.

Hasrat untuk bertudung telah lama terpendam tetapi tidak berani disuarakan kerana bimbang sekiranya ada segelintir yang berfikiran dia hanya ingin mengikut peredaran semasa.

"Takut juga sekiranya niat baik saya dipersendakan apabila timbul isu buka dan pakai tudung sewenang-wenangnya dan ditambah pula dengan tohmahan yang akan diterima daripada peminat jika kejadian sebegitu berlaku. Moga Tuhan tetapkan niat suci ini agar saya dikuatkan iman untuk kekal bertudung sehingga ke akhirnya," kata ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ini.

Tambahnya lagi, dia berharap dengan penghijrahan ini, peminat dan orang di sekeliling dapat membantunya untuk sama-sama menjadi insan yang lebih baik.

Ditanya tentang pengalaman mengerjakan umrah buat pertama kalinya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memberitahu semua urusan berjalan dengan lancar sepanjang dia berada di sana.

"Syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah, kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah dan banyak lagi."

Abby turut mengakui faktor perpisahannya dengan aktor Zul Ariffin adalah salah satu punca dia mempercepatkan niat untuk ke sana.

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.

gambar abby abadi bertudung

1 comment:

datok_t said...

ek eleh dia ni..publisiti murahan lettew..blah la lu..booo

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-