Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 19, 2012

Comel gila anak Eizlan Yusof,Vee Zara..nak jadi model Cilik

Share







Comelnyerr anak Sulung Eizlan Yusof Vee Zara...Wajah pan asian Zara memang membolehkan Zara menceburi bidang seni kat Malaysia nie.. Dah besar esok mesti cun melecun..cepat siapa nak booking anak Eizlan yusof nie awal-awal..

Eizlan Yusof dan isterinya Vee Shanti telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Vee Zara, 4, dan Zaaref Yusof, 2 yang mempunyai minat yang amat berbeza.

"Kedua-dua anak saya punya minat dalam bidang yang berbeza. Malah, masing-masing sudah mula menunjukan minatnya sejak dari kecil lagi.

"Anak saya yang perempuan iaitu Zara, memang suka bergaya dan dia seorang yang pandai beraksi atau pose apabila di hadapan kamera.

"Saya sendiri pun tidak pernah mengajar begitu tetapi dia sendiri yang minat ke arah itu. Disebabkan itu, baru-baru ini dia ada dipanggil untuk menjadi model iklan bayi.

"Selain suka beraksi dihadapan kamera, dia juga suka menyanyi. Bayangkan dia boleh menghafal lagu artis kegemarannya iaitu Beyonce dan Miley Cyrus dengan lancar. Kagum dan terkejut juga saya.

"Sementara, anak lelaki saya, Zareef yang baru berusia dua tahun itu pula belum lagi menunjukkan apa-apa minat selain bertindak aktif dan lasak dengan memanjat pintu pagar dan sebagainya.

"Saya tidak terkejut jika Zareef bakal menceburi bidang pertahanan seperti tentera atau sebagainya," katanya yang geli hati apabila teringat gelagat anak-anaknya.

Meskipun memberi kebebasan kepada kedua-dua anaknya untuk menceburi apa jua bidang, namun dalam masa yang sama Eizlan tetap akan memastikan anaknya-anaknya diberi pengetahuan serta ilmu agama yang kuat.

"Jika betul Zara suka akan bidang seni dan modeling, saya akan menyokongya. Lagipun ibunya adalah orang yang selalu membawanya untuk pergi uji bakat.

"Cuma terus-terang, saya tidak menggalakkan untuk mereka menceburi bidang tersebut.

"Namun saya tetap memberi kelonggaran kepada bidang yang mereka minati asalkan mereka cukup pegangan agama.

"Disebabkan itu, saya akan mendaftarkan anak-anak saya ke sekolah swasta Islam seawal usia lima tahun nanti," luahnya lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-