Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, March 21, 2012

Bayaran Jozan RM50 Ribu Sejam ??

Share








Wah wah zaman sekarang jadi pelawak pun leh kaya tau..so kalau anak-anak ,adik-adik uols suka loyar buruk atau buat lawak,jgn lah marah..ada bakat terpendam tue..

zaman sensasi sekolah dulu,ada diantara rakan-rakan terutama lelaki suka buat lawak..memang kelakar dan menghiburkan boleh la release tension setelah penat dgr cikgu mengajar..hehe

Kes Jozan pula,Ozlyn sebagai pengurus Johan menerangkan isu Jozan demand nak RM50k sejam.

Cuba tengok muka Johan masa kurus mcm budak lepas SPM je..hehe..Zizan pun nampak cekeding lagi time nie..


"Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran," ujarnya

Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara.

"Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan.

"Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur," ujarnya.


"Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang.

"Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan," katanya.


"Rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah apa orang nak kata kerana pada akhirnya hanya kami dan Allah sahaja yang tahu," ujarnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-