Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, March 11, 2012

Almy Nadia dan Fizz Fairuz masih lagi kekasih ,Almy ada anak angkat berumur 3 tahun

Share







Wah Almy Nadia nampak makin berisi sekarang..Almy Nadia merupakan artis yang tak banyak kontroversi namun namanya ada jugak dalam ruangan gossip,maklumlah bercinta sesama selebriti..Kekasih Almy tentu semua dah tahu,siapa lagi kalau bukan Fizz Fairuz..

Cume kebelakangan nie Almy dan Fizz jarang kelihatan bersama..
sebelum nie ada gossip Fizz dengan Liyana Jasmay apabila mereka 'bersayang" dalam twitter..sampai skrg sensasi tak tahu apa motif mereka..huhuhu..tau-tau Liyana Jasmay skrg dah bertunang dnegan jirannya..




“Saya masih bersama Fizz Fairuz, cuma sekarang saya agak sibuk dan tiada masa untuk berjumpa. Kami tidak lagi macam dahulu boleh keluar selalu dan berjumpa. Saya sudah ada tanggungjawab baru yang memerlukan saya pulang ke kampung selalu.”

Ditanya tentang khabar angin yang mendakwa hubungan mereka sudah putus, Almy pantas menjawab bahawa dia langsung tidak ambil endah dan hanya menutup telinga jika cerita tersebut sampai ketelinganya.

“Saya dan dia tiada apa-apa masalah, pada mereka yang membuat fitnah biarlah tuhan sahaja yang membalasnya, kerana saya tiada hak untuk menutup mulut masing-masing. Jika 40 orang berkata perkara yang sama, tidak mustahil benda ini akan jadi. Doakan yang baik-baik sahaja untuk kami.”

Menurut Almy lagi, tanggungjawab baru yang sedang dipikulnya adalah dia kini sudah memiliki seorang anak angkat yang dinamakan Nurafrina Darwisya yang sudah berusia 3 tahun.


Almy mengambil Nurafrina Darwisya sebagai anak angkatnya sejak dilahirkan lagi dan mengakui anak perempuannya itu yang banyak membentuknya menjadi dirinya yang sekarang.

“Saya hampir menangis setiap kali mengenangkan anak kecil ini, saya menjaganya seperti anak sendiri. Saya juga jadi lebih fokus dalam kehidupan untuk mencari rezeki demi membesarkan anak perempuan saya. Oleh yang demikian, Jika tiada kerja atau komitmen yang memerlukan saya berada di KL, saya akan terus balik ke Penang. Buat masa sekarang, emak saya yang tolong jaga anak saya jika saya tiada di sana”.

Sementara itu, kekasih Almy, Fizz Fairuz turut menyokong hasrat Almy apabila memberitahu mahu mengambil anak angkat. Namun begitu, Fizz Fairuz sehingga kini masih lagi belum bertemu dengan Nurafrina Darwisya.

“Jika tiada aral melintang, suatu hari nanti pasti Fizz akan lihat anak perempuan saya dan saya pasti dia pun akan menyukai Fizz Fairuz,” kata Almy.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-