Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, March 30, 2012

Video Awal Ashari dan Scha ,Awal jatuh cinta pandang pertama.

Share









Seperti biasa,tindakan Awal melamar Scha di dalam program Propaganza menimbukan isu tentang adat.

Awal dan Scha semasa ditemubual menerangkan niat sebenar Awal melamar Scha di televisyen.

Sebelum nie Awal sebenarnya merancang untuk melamar scha di ABPBH dan FFM..tapi tak berjaya kerana Scha tarik diri dari mengacara last minute.

Gambar-gambar Abby bertudung,perpisahan dengan Zul percepatkan niat Abby ke Mekah

Share







Alhamdulillah seorang lagi selebriti kita dah berhijrah memakai tudung,semoga selepas ini Abby lebih tenang dan gembira.

Hasrat untuk bertudung telah lama terpendam tetapi tidak berani disuarakan kerana bimbang sekiranya ada segelintir yang berfikiran dia hanya ingin mengikut peredaran semasa.

"Takut juga sekiranya niat baik saya dipersendakan apabila timbul isu buka dan pakai tudung sewenang-wenangnya dan ditambah pula dengan tohmahan yang akan diterima daripada peminat jika kejadian sebegitu berlaku. Moga Tuhan tetapkan niat suci ini agar saya dikuatkan iman untuk kekal bertudung sehingga ke akhirnya," kata ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ini.

Tambahnya lagi, dia berharap dengan penghijrahan ini, peminat dan orang di sekeliling dapat membantunya untuk sama-sama menjadi insan yang lebih baik.

Ditanya tentang pengalaman mengerjakan umrah buat pertama kalinya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memberitahu semua urusan berjalan dengan lancar sepanjang dia berada di sana.

"Syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah, kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah dan banyak lagi."

Abby turut mengakui faktor perpisahannya dengan aktor Zul Ariffin adalah salah satu punca dia mempercepatkan niat untuk ke sana.

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.

gambar abby abadi bertudung

Gambar pertunangan Liyana Jasmay dan Fathudin: "Kami memiliki keserasian yang jitu"

Share







hehe kalau korang perasan tunang liyana dan emaknya nampak serius je,manakala Liyana dan emaknya nampak hepi-hepi je..kebetulan je korang jangan spekulasi pulak.
Liyana Jasmay, sah bertunang dengan seorang ahli perniagaan muda, Fathuddin yang berusia 28 tahun.

Majlis pertunangan gilang-gemilang itu berlangsung di kediaman milik keluarga Liyana Jasmay di Kemensah Height, Hulu Kelang, malam Rabu semalam.

Ketika majlis pertunangan tersebut berlangsung, kedua-dua pihak telah bersetuju memilih tarikh pernikahan iaitu pada 24 Januari tahun hadapan selepas Liyana menamatkan kursus jangka pendeknya dalam bidang pengarahan di New York, Amerika Syarikat.

Liyana yang tampil anggun pada malam tersebut dengan memakai baju rekaan Rizman Ruzaini yang bernilai hampir RM 10,000 memberitahu bahawa majlis ini adalah tanda dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri meskipun baru berusia 24 tahun.

“Walaupun orang cakap usia saya ini masih boleh berseronok dan tidak perlu memikirkan soal kahwin tapi pada saya, diri saya yang jauh lebih matang dari umur merasakan sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.”

Pihak lelaki menghantar sebanyak 5 dulang hantaran yang kemudianya dibalas oleh pihak perempuan dengan 7 dulang.

Ujar LJ lagi, detik pertemuan mereka adalah apabila mereka diperkenalkan oleh rakan baiknya sebelum malam tahun baru. Perkenalan itu berterusan apabila Fathuddin mula memberikan pesanan ringkas berbunyi “Hi Jiran”. LJ tersenyum apabila menerima pesanan tersebut, bermula dari situlah detik perkenalan mereka. Setelah bertemu untuk kali yang kelima, perasaan terhadap Fathuddin bertukar menjadi sayang.

“Saya merasakan kami mempunyai keserasian yang jitu. Dia juga walaupun nampak serius dan matang, masih ada sifat kelakar dalam dirinya. Selain daripada sifatnya yang ikhlas berkawan dengan saya, dia amat menyanyangi keluarga saya dan perkara itu membuatkan saya tersentuh dan merasakan dialah calon paling sesuai.”

Liyana Jasmay bakal meriliskan lagu terbarunya pada 30 Mac ini yang berjudul “Cinta Bersatu” dimana lagu tersebut ditujukan khas untuk tunanganya Fathuddin atau nama sebenar, Fathuddin Mazlan.


nah sekeping gambar Liyana dan Fathudin yang ceria bersama..
Fathudin nampak matang dan dewasa manakala Liyana masih nampak seperti budak-budak..

Apepun tahniah sensasi ucapkan kepada Liyana Jasmay dan pasangan..

Thursday, March 29, 2012

Video Aliff Aziz jelaskan isu cinta dengan Anne Ngasri

Share









Aliff nampak ikhlas menerima Anne seadanya dan Anne pula happy dengan kehadiran aliff selepas bercerai.

Sensasi harap mereka berdua kekal dengan hubungan positif dan semoga happy bersama dan ada jodoh yea..hehe

mesti ramai cemburu jugak sebab Aliff Aziz nie hensem jugak orangya.

Angry Bird tahun 1982

Share









kahkahkah, baru terjumpa, game Angry bird yang amat lah femes sekarang sebenar nya dah lama wujud, hehe joking je, nie ada lah mamat mana yang rajin membuat . anyway cmnie lah rupa nya kalau agry bird wujud zaman2 nintendo dulu hihi

KLCC Terbakar.

Share







KLCC terbakar, ramai orang berpusu2 keluar dan kebakaran berlaku dipercayai berlaku di dapur Restoran Chinoz On The Park. Asap kelihatan keluar dengan banyak di atas bangunan Suria KLCC. Berikut adalah gambar semasa kejadian.







Punca kejadian mungkin masih dlm siasatan

Apa itu SNAPBACK!

Share







Apa itu SNAPBACK?

OK,here aku akan menerang kan secara ringkas tapi tak beberapa pada apa itu SNAPBACK.Snapback merupakan sejenis topi (6 panel cap) yang menjadi trend dikalangan masyarakat masa kini bukan di Malaysia sahaja,malah serata dunia. Snapback telah wujud way long ago since zaman hip hop zaman atuk atuk kita lagi dan terus berkembang hingga ke masa kini dan terus di popular kan oleh artis yang popular seperti chris brown,wiz khalifa dan Caprice. Nowadays snapback telah dijadikan fesyen yang agak cool for me , because I like to wear a snapback too . Heres I give to you all serba sedikit gambar apakah itu snapback dan artis-artis yang mengayakan diri mereka dengan sejenis topi yang bernama SNAPBACK.





DOPE!

For those yang berminat nak beli satu, boleh search dekat facebook – OLEY STORE ,mereka menjual SNAPBACK dengan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan.

Troll baby, so cute,must watch !

Share









haha this baby so cute, kesian tgk ayah dia terpaksa melayan kerenah anak dia, tapi kalau saya dalam keadaan mcm nie, saya tidur sekali je, hehe enjoice

Tuesday, March 27, 2012

Gambar Azza Elite dengan bakal suami

Share







Sama padan sama cantik pasangan Azza Elite dan bakal suaminya nie.Mereka bakal bernikah pada 1 April 2012.Azza enggan bertunang sebab takut melalui cabaran semasa bertunang.

Menurut Azza,Azlan melamarnya melalui perisian telefon..


Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami.


PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, March 26, 2012

Luna Maya kini bercinta dengan pemilik Cafe?

Share









Kisah percintaan antara aktres jelita Indonesia, Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel semakin menjadi bahan bualan hangat ketika ini kerana ada khabar angin yang mengatakan hubungan mereka ini sudah berakhir.

Bagi menguatkan dakwaan tersebut, Luna kini dikatakan sudah bertemu dengan cinta barunya iaitu seorang pengusaha kafe.

Pelakon dan juga penyanyi yang berusia 29 tahun ini juga dikatakan sering menghabiskan masa di kafe lelaki tersebut.

Satu sumber yang memberitahu detikHot, mendakwa Luna Maya sering ke kafe lelaki itu pada waktu malam.
Untuk mendapatkan kepastian, detikHot telah menghubungi pengurus selebriti tersebut, Vitalia Ramona untuk mengesahkan tentang teman lelaki baru Luna.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan, jika mahukan kepastian anda patut tanya kepada dia sendiri,”kata pengurus Luna Maya.

Sejak khabar angin mengatakan hubungan antara Luna Maya dan Airel dikatakan sudah berakhir, masing-masing kelihatan seperti sudah mendapat pengganti baru.

Sebelum itu, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham dikatakan semakin rapat dengan penyanyi dari kumpulan “Geisha” Momo, namun Momo menjelaskan bahawa mereka hanya rapat sebagai rakan sekerja untuk projek muzik bersama.Luna

Gambar majlis perkahwinan tertutup Danny X-Factor dan Lin

Share







Majlis perkahwinan yang tertutup dan hanya dihadiri rakan dan keluarga sahaja nie berlangsung di Zebra Square semalam..

Memang ceria dan gembira pasangan pengantin nie..
Tapi Goatee Danny memang agak melucukan ..he he..maybe nak bagi gambar kahwin nampak Vintage dan Unik untuk tatapan masa akan datang..


gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lingambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin
gambar danny dan lin

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-