Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 1, 2012

Shahrizal Jaszle masih mencintai Miera Liyana dan mahu menjadikan isteri

Share







Nampaknya Shahz Jaszle memang seorang lelaki yang ala-ala romantis bila memujuk tue memang mulut manis bagai..haha..

Shahrizal Jaszle yang ditemui semasa malam preview Filem Azura 2012 di GC One Utama mengatakan bahawa
hubungannya dengan miera yang baru terjalin 5 bulan belum berakhir.

"Saya masih mencintainya sepenuh hati saya dan tidak rasakan hubungan kami sudah putus seperti yang didakwa sebelum ini. Cuma kami mengambil masa untuk merehatkan diri daripada segala masalah yang melanda hubungan kami.

"Sukar untuk saya lupakannya kerana dia adalah satu-satunya perempuan yang saya ingin jadikan sebagai isteri. Malahan dia pernah bertemu ibu saya dan ia membuatkannya begitu istimewa di hati saya," jelas Shahrizal
Mengakui masalah ini meletus selepas bekas pembantu peribadinya mengada-adakan cerita tentang dirinya seorang kaki perempuan, Shahrizal turut menjelaskan bahawa segalanya adalah fitnah semata-mata dan hasutan rakan-rakan aktres berusia 20 tahun itu yang mungkin tidak menyukai hubungan mereka menyebabkan ia menjadi lebih teruk.

"Saya yakin teman rapatnya juga adalah punca kepada masalah yang berlaku. Saya tidak mahu menyebut nama kerana enggan mengaibkan sesiapa. Cukuplah sekadar saya dan Miera sahaja yang tahu tentang perkara ini," ujarnya lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-