Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, February 2, 2012

Shahrizal Jaszle beri pesanan terakhir buat Miera,percaya Miera Liyana sudah ada pengganti

Share







Wah mentang-mentang Filem Azura bakal ditayangkan hari nie memang banyak gossip pasal shahrizal Jaszle iaitu Hero filem ini sekaligus menambahkan lagi publisiti filem Azura 2012..

Tak habis lagi gossip Miera dah Shahz,kini Shahz mendedahkan pula Miera mengkhianatinya,dan sikap Miera yang terlalu suka bersosial dan suka berhibur..

Sensasi rasa ape pun Miera harus bersemuka dan berbincang baik-baik dengan Shahz Jaszle.

Jom baca apa pesanan akhir Shahrizal Jaszle kepada Miera Liyana..




"Saya masih sayangkan dia dan sehingga hari ini masih tercari-cari di mana Miera, sejak saya balik dari Australia hampir seminggu lalu kami belum lagi berjumpa.

"Saya telefon, dia tak angkat dan mesej pun tak berbalas! Sekarang dia hilang dan saya teringin sangat berjumpa dengannya dan menyelesaikan kekusutan yang berlaku kini," katanya

Tambah Shahrizal, biasanya, Miera tidak akan menjawab panggilan telefonnya apabila bersama kawan-kawannya melainkan dia bersendirian.

"Status hubungan kami sekarang saya andaikan complicated dan tergantung! Apa kesalahan saya? Tak cukup dia mengkhianati saya dan sekarang dia seolah-olah menggantungkan hubungan kami. Kenapa dia tak boleh faham tekanan yang saya lalui sedangkan dia sendiri tahu ramai yang cuba menjatuhkan saya dalam industri ini?"

"Saya banyak mengubah dan mendidiknya (Miera), dan sejak kami bersama dia sudah semakin kurang bersosial malah lebih terkawal berbanding dahulu,"

Sudah mengagak dan tidak menaruh harapan tinggi untuk dia ikut serta ke majlis itu, Shahrizal percaya Miera mungkin sudah punyai pengganti dirinya.

"Sudah banyak kisah tidak enak yang saya dengar daripada pihak dia dan mungkin dia sekarang sudah ada orang lain," tutur Shahrizal kesal.

Ditanya mungkinkah Shahrizal akan mengurangkan aktiviti seni tidak lama lagi, dia tidak menafikannya.

"Saya nak settle down sebab tak ada kehidupan, setiap hari pergi kerja balik kerja kalau cuti pun saya lepak dengan dia (Miera) dan pergi mana-mana pun selalu bawa dia," luahnya lagi.


"Saya cepat percaya pada orang dan kerana itu saya sering dikhianati, tapi saya pasti akan lakukan apa saja demi orang yang saya kasihi," janjinya yang akan cuba sedaya upaya mengawal bahtera cintanya yang kini dilanda taufan.

Pesan terakhir buat Miera Liyana: "What we are? Kalau dia betul-betul tak nak, it's okay, kenapa saya yang dituduh bukan-bukan? Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku, we will see!"

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-