Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 15, 2012

Rita kenal siapa Bob_Azuan dan mengarahkannya memohon maaf secara terbuka

Share










Aktres terkenal yang juga merupakan isteri pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Moktar menuntut seorang pemilik akaun Twitter, @bob_azuan supaya segera memohon maaf selepas menghina, memfitnah dan memalukannya menerusi laman sosial tersebut.

Rita menganggap perbuatan individu tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain turut masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapinya pada masa ini.

"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf dengan segera. Saya telah diaib dengan kata-kata kesat berbaur penghinaan menerusi komen-komennya dalam akaun tersebut.

"Antara kata-kata kesat dan mengaibkan yang dilemparkan kepada saya termasuklah menggelar saya dengan perkataan 'Ritaik'," ujar Rita yang dipetik dari laman mStar.

Selain itu juga, pemilik akaun tersebut yang menggunakan gambar profil Twitter adik ipar aktres iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak turut mendakwa akan mendedahkan kisah dan gambar yang bertujuan untuk mengaibkannya.




Antara kata-kata @bob_azuan di Twitter.


Rita yang dikatakan mengenali pemilik Twitter berkenaan memaklumkan bahawa individu tersebut telah memohon maaf melalui seorang teman dan menutup akaun tersebut selepas dihentam teruk oleh peminat Rita yang mengkritik dan marah dengan tindakannya.

"Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia adalah rakan kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam masalah rumah tangga saya," katanya.

Individu tersebut mendakwa bekerja sebagai seorang jurugambar syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Seperti diketahui ramai, masalah rumah tangga Rita dan Aidil Zafuan yang merupakan kembar kepada Zaquan Adha masih hangat diperkatakan dan belum selesai selepas suaminya bertindak keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil Zafuan telah bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan terbina, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 10 bulan.

Sementara itu Zaquan Adha menerusi Twitter miliknya enggan mengulas panjang mengenai kejadian yang berlaku, sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.



Gambar yang dikatakan diambil oleh jurugambar
tersebut yang juga pemilik akaun @bob_azuan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-