Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, February 20, 2012

Part 1:Gambar-gambar Percutian Ke Hong Kong Disneyland pada 6 hingga 8 January 2012 yang sangat menyeronokkan

Share







Pada 6 hingga 8 Januari 2012 yang lepas, Sensasi berpeluang untuk bercuti di Hong Kong Disneyland seperti yang pernah sensasi katakan sebelum ini..

http://my-sensasi.blogspot.com/2012/01/sensasi-bakal-bercuti-ke-hong-kong.html

Pernerbangan seawal pukul 6.30 pagi dari LCCT,KLIA dan sampai di Hong Kong pada pukul 10.15 pagi.Perjalanan selama hamper 4 jam terasa bagaikan hanya sebentar kerana Sensasi berasa sangat teruja untuk bercuti ke Hong kong Disneyland.

Setibanya di Airport Hong Kong memang sejuk dan menyegarkan,bulan Januari merupakan musim sejuk disana.Suhu mencapai sehingga 10 darjah Celcius. Kebetulan waktu Sensasi ke sana merupakan kemuncak musim sejuk di Hong Kong. Dari Hong Kong International Airport, sensasi menaiki bas ke Disneyland Resort. Di sini terdapat dua hotel yang kengkawan boleh tinggal iaitu Hong Kong Disneyland Hotel atau pun Disney’s Hollywood Hotel. Sensasi telah memilih Disney’s Hollywood Hotel sebagai tempat penginapan selama 3 hari 2 malam.

Permandangan hadapan Hotel yang Sensasi tinggal. Sangat comel semua ade shape Mickey. Kerusi pun ade bentuk Mickey. Tak caya, tengok lah gambar ni. Cute sangat kan….

Sempat berposing di pintu hadapan Disney’s Hollywood Hotel.

Taraaaaaa….. Ini die bilik hotel yang sensasi tinggal. Comel kan sana sini ade Mickey mouse.Bilik Hotel di tempat kami menginap sangatlah besar dan selesa..Sesuai kalau pergi dengan keluarga.Jom Tengok keadaan Bilik yang cantik.Semuanya bertemakan Disney.Mickey dan Minnie Mouse.

Sejurus selepas check in, Sensasi tak nak buang masa, Sensasi terus ke restaurant Crystal Lotus yang terletak di Hong Kong Disneyland Hotel. Kat sini dim sum die sedap dan pork free. Shuttle disediakan secara percuma di dalam resort ini, jadi senang nak berulang alik dari hotel ke hotel dan juga ke park. Tengah beratur pun sempat posing jap…




Sensasi makan tengah hari di Restaurant Crystal Lotus. Suasana dalam restaurant sangat menarik dan menenagkan. Makanan pun sedap sedap belaka. Siap ada “Duffy” Steamed Lotus Red Bean Puree Bun bentuk Duffy the Disney Bear, sangat comel, sayng je rasa nak makan…

Makan Lunch di Lotus Crystal Rest,di Hotel bersama dengan rakan blogger iaitu Budiey dan isteri.

Malam pertama sensasi berpeluang dinner di Corner Cafe yang terletak di Main Street USA dalam Disneyland park. Makanan sedap2 dan sangat menarik.Disini makanan yang dihidangkan adalah makanan barat ,western style kate orang and sangat sedap dengan pelbagai jenis pemanis mulut yang menggiurkan boleh didapati disini.


Suasana dlm Corner cafe.

Yummy…lobster & mixed grill….western food…sgt lazatttt….

Jom tengok menu apa lagi yang ada disini

Mocha with Creamer

Salad

Main street Combo

Dada Itik dengan Kentang

Makanan kesukaan ramai,Ayam tapi sensasi lupa nama hidangan nie..

Meat Cheese Pasta

Grilled Salmon Pasta

Jom tengok pemanis mulut yang super yummy…

Chocolate Marble Cheese cake..

Chrismas Pudding Ice Cream..

Macam mana menarik tak antara hidangan yang ada disini…tak perlu Sensasi nak cakap panjang lebar lagi..biar gambar yang menceritakan semuanya..Banyak lagi yang sedap-sedap disini..

Malam ke 2 makan kt walt’s cafĂ©..Walts cafe terletak kt Hong Kong Disneyland Hotel. Kami dinner kt sini…


appertizer…kelihatan sangat menarik dan sedap..


dessert

Esok paginya Sensasi berpeluang breakfast di Enchanted Garden yang terletak dalam Hong Kong Disneyland Hotel. Di sini kami di hidangkan dengan breakfast buffet. Makanan sangat menarik dan Sensasi berkesampatan bertemu dan bergambar dengan beberapa Disney karektor Klasik seperti Mickey Mouse, Goofy dan Daisy Duck. Best sangat….Apalagi mestilah ambik gambar sebagai kenang-kenangan..Jom tengok Gambar.

Selesai breakfast sensasi sempat bergambar di halaman Disneyland Hotel, Hotel ni berbeza dengan hotel tempat sensasi tinggal iaitu Disney’s Hollywood hotel. Hollywood hotel lebih kepada ala ala cartoon…sana sini ade bentuk Mickey…manakala hotel Disneyland lebih kepada rupa bentuk macam istana ….sangat cantik dan terpegun melihat keindahan bangunan hotel ini. Terasa bak berada di istana kayangan bagaikan tuan puteri yang menanti putera dating meminang…eh…silap2 tak available dah…hehe.. Mari tengok tengok gambar di sekitar hotel istana ini…

Berposing di taman halaman Hotel Disneyland Hong Kong yang ala ala istana ini…cantik kan bunga bunga ini…macam nak petik je… Ha yang paling sensasi suke ade Mickey Maze kat taman ni…tengok lah…gambar ni, sempat sensasi main main kat maze tu…besar jugak kalau budak kecil mau sesat dalam tu.







Satu lagi tarikan di hotel ini, di sini ade perkhidmatan mak up budak perempuan jadi karektor princes seperti Snow White, Princess dan repunzel…baju disediakan dan di make up kan utk sesi photography. Menarik sangat….

Ini dia bilik make up utk kanak kanak bertukar menjadi princess.

Kanak kanak yang sedang di make up kan.

Kedai souvenir barangan Disney yang terletak dalam hotel. Tengok lah banyak nye barang semua cute2…sensasi rambang mata nak pilih.

sempat berposing dgn pak guard Hong Kong Disneyland Hotel


Gambar kenangan bersama patung Mickey yang cute.

Bersama teman blogger yang lain di lobi hotel.

Bermulanya penjelajahan Sensasi ke Hong Kong Disneyland park. Selesai saja makan tgh hari Sensasi terus ambil shuttle ke park.


Tiket/Pas Masuk ke Disneyland Hong Kong selama Dua hari. Sehari memang tak cukup untuk menerokai seluruh Hong Kong Disneyland park.

Yeyyyyyy….Sensasi sudah pun berada di Hong Kong Disneyland!!!!!!!!!!!!!!! Impian sudah menjadi kenyataan…pengalaman pasti diterokai dan senyuman sentiasa terukir panjang ketika berada di sini.

Cantik sungguh suasana dan permandangan sekitar pintu masuk Hong Kong Disneyland. Trdapat patung patung dan air pancut mickey…trpegun Sensasi…terasa bertuah dapat menjejak kan kaki di sini. Tengok lah gambar gambar ini semua, pasti kengkawan teringin untuk ke sana.

Bergambar di hadapan Sleeping Beauty Castle.sungguh menakjubkan. Sensasi terasa seolah olah berada di alam fantasi. Binaan bangunan yang cantik, sama seperti dalam movie movie Disney yang kita lihat di kaca tv mahupun panggung wayang. Memang berbaloi habiskan cuti di sini.

Disneyland memang merupakan taman tema keriangan yang menjadi tumpuan ramai.Memang seronok sangat bercuti di Disneyland.Macam-macam yang menarik disini.Dari pertunjukan,perarakan ,Istana ,permainan yang menyeronokkan,river cruise,rakit,Musical,kedai cenderamata..memang best sangat.

Antara tarikan di Disneyland Hong Kong adalah seperti Toy story Land,yang baru dibuka 18 November 2011.so skrg dah siap,dan sensasi dahpun melawat.Enjoy sangat.

Ada juga Main street USA, Fantasyland, Tommorrowland ,dan Adventureland..

Jom tengok gambar di Main street USA

Lilo and stitch

Buzz Lightyear dari Toy Story

Snow White ,Cinderella dan Rapunzel

Kedai Souvenirs di Mainstreet USA

Okey Jom Ke Fantasyland.yang menjanjikan kenangan manis berada di alam fantasy Disney.

Disini kita boleh tengok Istana Sleeping Beauty.

Disney In the Stars,bunga api di Istana Sleeping Beauty

Banyak lagi yang menarik di Fantasy Land..kalau nak tahu lebih lanjut..Mesti pergi dan rasai keseronokan berada di Disneyland.

Untuk part 2 nanti Sensasi akan ceritakan tentang Taman Tema yang lain seperti Toy Story Land,Adventureland dan Tomorrowland...

4 comments:

secret lover said...

bestnya disneyland!
ahem..sapa cik abang kat sebelah tu..
hubby sensasi ya? bestnya g dgn org tersayang :)

sebie said...

even pork free, ayam n lain2 tu halal ke.. nak tau je

Anonymous said...

Teruja nk ke sana apabila tgok pic2 tu.. berapa RM package tu ekk...

Tertantya2 juga.. apa yg saudara/ri sebie tu bngkitkn..

Anonymous said...

pork free, tp itik, ayam tu confirm sembelih? risau gak nk pegi ni, huhu

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-