Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, February 9, 2012

Manohara sudah berkahwin dengan gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam?

Share








Baru sahaja menafikan dirinya tidak mempunyai teman lelaki, kini model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot didakwa sudah berkahwin dengan seorang gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam secara rahsia.

Berita tersebut hangat diperkatakan selepas gambar mesra Manohara memakai blaus putih jarang yang menutupi badannya dan gabenor di atas sebuah bot tersebar luas di internet.

Walaubagaimanapun pengurus kepada model berusia 18 tahun itu, Tintin tampil menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa walaupun rapat.

"Ya, Manohara sering dijemput untuk menghadiri pelbagai acara. Namun bukan dia sahaja yang sering diundang. Ada juga artis-artis lain. Sudah namanya promosi. Mereka memang rapat, tetapi ia tidak bermakna mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa," ujar Tintin ketika dihubungi Kapan Lagi.

Tintin turut menafikan khabar angin yang mendakwa bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry ini sudah berkahwin dengan Nur Alam.

"Tidak benar sama sekali! Ia hanya gosip. Kita tidak boleh lakukan apa-apa dan hanya mampu menafikannya jika gosip tersebut tidak benar," jelasnya lagi.

Sebelum ini model kelahiran Jakarta mengakui dirinya masih belum mempunyai teman istimewa selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan daripada kerabat diraja negeri Kelantan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-