Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, February 27, 2012

Kisah romantik:Yusry sudah tawar hati dengan cinta sehinggalah bertemu Lisa

Share







Sensasi tak sempat menonton program Astro tentang kisah Yusry dan Lisa..Sensasi suka tengok program sebegitu sebab so romantik membuatkn diri kita turut rasa suka,cemburu, dan tersenyu dengan kisah mereka..


Bermula dengan sapaan seterusnya berbalas khabar dan pendapat menerusi telefon bimbit sehinggalah terlahirnya bibit-bibit cinta di hati mereka, akhirnya aktres Lisa Surihani Mohamed sah menjadi ratu hidup Yusry Abdul Halim dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya selepas solat Isyak Khamis lalu.

Menurut Yusry, 39, ketika ditemui sejurus selepas majlis pernikahan selesai mengakui sedikit gugup dan gementar ketika ia berlangsung, tetapi bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.

"Terus-terang saya sedikit gugup tadi. Masa mula-mula masuk dewan, saya masih lagi bertenang. Namun apabila dah berdepan dengan jurunikah, lama-kelamaan perasaan tenang itu bertukar gementar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan hanya sekali lafaz," jelas pengarah "Vikingdom" tersenyum di sisi isterinya.

Sementara itu Lisa, 26, ketika ditanya bagaimanakah perasaannya setelah sah bergelar isteri berasa bersyukur kerana hari bahagia mereka berjalan lancar seperti yang dirancang dan mengakui dirinya tenang sepanjang majlis berlangsung.

"Alhamdulillah, hari yang dinanti sudah pun selesai dan saya sangat bersyukur majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada kaum keluarga dan mereka yang hadir memeriahkan majlis ini.

"Sejujurnya perasaan saya agak tenang sepanjang majlis berlangsung. Mungkin sebab pihak perempuan hanya mendengar berbeza dengan lelaki yang perlu melafazkannya," jelas aktres "Lagenda Budak Setan" ini lagi.


Apabila ditanya apakah keistimewaan Lisa di matanya, mantan suami Erra Fazira mengakui sudah lama tidak merasakan makna jatuh cinta sehinggalah bertemu wanita berkenaan.

"Sebelum ini saya pernah berborak dengan teman-teman rapat dan mengatakan sukar untuk jatuh cinta dan sekiranya mendirikan rumah tangga, mungkin ianya sekadar cukup syarat. Saya sendiri tidak tahu jika cinta itu masih wujud.

"Namun semuanya berubah selepas saya bertemu Lisa. Dia membuatkan saya berasa seperti seorang remaja yang baru bercinta. Saya merasakan Lisa adalah seorang wanita yang cukup istimewa sejak mula berkenalan lagi.

"Saya tahu tiada manusia yang sempurna tapi setakat ini apa yang saya lihat pada isteri saya, semuanya indah dan saya bersyukur dengan anugerah ini," ujar Yusry lagi.

Sementara itu Lisa mengakui dapat merasakan bahawa Yusry adalah lelaki terbaik buatnya sejak awal lagi.

"Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Cukuplah mengatakan sebaik mengenalinya, saya tahu bahawa dialah untuk saya.

"Dari awal perkenalan lagi, masing-masing sudah memberitahu kedudukan sebenar, sejauh mana hubungan ini dan sebagainya kerana saya enggan menjalinkan hubungan sekadar cuba-cuba sahaja

"Semakin lama saya mengenalinya, perasaan daripada seorang teman berubah kepada sayang yang semakin kuat dan itu membuatkan saya berani membawa hubungan ini ke tahap yang lebih jauh.

"Yusry seorang yang sangat penyayang, penyabar, berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Apabila bersamanya, saya merasakan diri saya menjadi insan yang lebih baik," kata Lisa yang mempunyai impian untuk memiliki empat cahaya mata dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu pula.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah bertemakan 'Winter Garden' telah disaksikan oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa pengantin dan diserikan dengan kehadiran kira-kira 250 orang tetamu termasuklah penerbit Metrowealth International Group (MIG), David Teo

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-