Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, February 14, 2012

Iqram Dinzley ingin berhenti berlakon untuk mendalami agama Islam

Share








Pelakon, Iqram Dinzley mengakui pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan kerana ingin mendalami agama Islam.

Iqram berkata, keputusan itu telah difikirkannya sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama dia pulang dari menunaikan Umrah pada tahun 2006 dan ketika bercuti di Turki pada tahun lalu.

“Dah dua kali saya berhajat untuk meninggalkan bidang lakonan ini untuk mendalami lagi agama Islam yang selama ini saya rasakan diri ini agak cetek dalam pengetahuan agama.

“Bagaimanapun saya rasa, perubahan boleh dilakukan secara berperingkat dan pada masa sama saya tetap mendalami ilmu-ilmu agama yang banyak lagi rasanya saya tidak tahu,” katanya.

Tambah Iqram, antara perubahan yang dilakukannya ialah dia tidak lagi memakai seluar pendek seperti yang sering digayakannya sebelum ini apabila keluar beriadah.

“Selain itu juga, jujur saya katakan, saya sedang berusaha untuk menguatkan rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu sehari.

“Benar, perkara ini harus dilakukan sejak dahulu lagi, tetapi saya sedang bergerak ke arah kebaikan, Insya-Allah,” ujarnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-