Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 1, 2012

Gambar Neelofa,Lakonan Neelofa dikritik,Neelofa minta penonton jangan bandingkannya dengan Ogy

Share







Selepas menjadi juara Dewi Remaja, nama Neelofa melonjak naik.Neelofa diberikan peluang oleh Aziz M. Osman untuk menjadi heroin Filem Azura 2012, menjadi cover pelbagai majalah, menjadi bahan gossip hiburan.

Antara gossip yang menaikkan nama Neelofa pada awalnya apabila kononnya Neelofa menjadi penyebab dan orang ketiga dalam hubungan Maria Farida dan Shahz Jaszle.Kemudian Neelofa dikatakan bercinta dengan Hans isaac,Neelofa juga dikatakan sombong dengan artis lama dan tidak serasi dengan pelakon lain seperti Fazura, Fasha Sandha ,dan ramai lagi.Namun semua tue hanyalah gossip semata-mata.

Terbaru Preview Filem Azura 2012 yang ditonton memberi pendapat berbeza beberapa pihak.Ada yang mendakwa lakonan Neelofa gagal kerana tidak menghayati watak.Ada pula yang cakap Neelofa berlakon dengan baik.Nak tahu sendiri kene lah pergi tengok nanti ya.. Mula ditayangkan di pawagam esok.

Pun begitu,Neelofa meminta penonton semua jangan membandingkan lakonannya dengan lakonan Ogy.

"Perbandingan lakonan saya dan Ogy adalah sesuatu yang sudah dijangkakan dari awal lagi apabila saya menerima tawaran ini.

"Sebab itu saya sudah bersedia untuk dikritik dan dinilai oleh penonton yang sudah menonton kedua-dua versi filem ini,"
"Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy.

"Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada.

"Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya," katanya.
"Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy.

"Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada.

"Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya," katanya.

"Selain menjadi profil yang bagus untuk saya, ilmu dan pengalaman dalam menjayakan watak ini sangat berguna bagi memantapkan mutu lakonan.

"Saya berharap ia akan jadi platform yang baik bagi perkembangan karier lakonan," katanya.

Selain Neelofa dan gandingannya Shahrizal Jaszle sebagai Zek, filem arahan Aziz M. Osman itu turut dibintangi Afdlin Shauki, Erma Fatima, Afida Es dan Nini Marlini.

Filem tersebut bukan filem versi baru (remake) tetapi hanya diadaptasi daripada konsep dan idea asal filem 1984 itu dengan olahan berbeza dan mengikut peredaran semasa.



neelofa azura

neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura
neelofa azura

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-