Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, February 24, 2012

Gambar Lisa Surihani Mandi bunga,malam berinai dan Khatam Quran

Share







Alhamdulillah,akhirnya Lisa Surihani sudah selamat disatukan dengan suaminya Yusry Abdul Halim..

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sekaligus membuktikan ramalan Uncle Seekers memang salah...dan tak boleh pakai.


Link
Menurut Lisa, dia menuruti kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena majlis perkahwinan tersebut.

Jelas Lisa lagi, ibunya berpendapat, meskipun majlis perkahwinan yang dirancang dibuat secara sederhana, namun ia tidak bermakna amalan dan budaya tradisi Melayu dilupakan.

"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya, kemudian selang dua hari selepas itu pula saya mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama saudara-mara wanita sahaja.

"Seminggu sebelum itu pula, saya meminta penyanyi, Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji untuk melancarkan lagi setiap bacaan dan sebutan ketika membaca Al-Quran," ujar Lisa

"Saya berasa seronok melakukan semua amalan tersebut bersama teman rapat dan sanak saudara kerana ianya seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan.

"Selepas mengadakan majlis khatam Al-Quran, berinai dan mandi bunga, terasa sejuk hati dan dalam pada masa yang sama jiwa menjadi tenang,"

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-