Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, February 28, 2012

Ekin (Mawi) selamat melahirkan anak sulung perempuan

Share







Tahniah kepada pasangan Mawi dan Ekin yang sudah bergelar ibu dan ayah...


Jelas Mawi, bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin atau nama penuhnya Nora'Asikin Rahmat di salah sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor jam 4 pagi tadi.

"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahaya mata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.

"Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," katanya

"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.

"Saya dapat melihat kesakitan yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.

"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.

Tidak kisah dikurniakan cahaya mata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.

Kata Mawi lagi, dia dan Ekin masih lagi mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada cinta hatinya itu.

"Kami masih mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada puteri sulung kami ini. Saya tidak kisah anak sulung lelaki atau perempuan yang penting isteri dan anak saya sihat," ucapnya penuh syukur

Tambah Mawi, dia dan Ekin masih belum bersedia untuk berkongsi kepada peminat wajah puteri sulung mereka.

Namun merancang untuk membuat kenduri doa selamat dan insya-Allah ketika itu wajah cahaya mata sulungnya itu akan dipaparkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-