Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, February 15, 2012

Aliff Aziz Mengaku bercinta dengan Anne Ngasri, Zarina Anjoulie meroyan

Share







First and foremost ,Sensasi nak suruh korang cube tengok fesyen kening terbaru Zarina nie..seswai ke nyahhh?? nampak cam sangat mengada..bukan takat fesyen,Sensasi pasti ramai yang sudah mula jelek dengan sikap mencari publisiti murahan Zarina Anjoulie Lavocah katenyer..Okey cukup dengan bulu kening terbelah tue,terbaru Zarina berasa tertipu kerana Aliff Aziz tak layan dia lagi dan beralih kepada Anne Ngasri..

Zarina AnJoulie cukup marah dan mengugut Aliff Aziz di twitter ..Zarina mengaku dirinya gila dan Aliff Aziz berani untuk carik pasal dengannya..huhu

Kerana bengang Aliff Aziz tidak menghiraukannya dan tidak menghubunginya kerana kini bercinta dengan Anne Ngasri, Zarina mengeluarkan tweet yang dia memiliki bukti-bukti (untuk mengugut Aliff) dan ada menyimpan Video Aliff Aziz mabuk.


Sebelum nie sensasi ada tulis satu entri tentang Anne Ngasri sudah punya pengganti dan mahu berkahwin,rupanya Aliff Aziz lah gerangan jejaka yang kini rapat dengannya..


Pengakuan Aliff Aziz tentang hubungan dengan Anne Ngasri

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 21, berkata sejak dia berhijrah ke Malaysia bagi mengembangkan kerjaya nyanyian, Anne banyak membantu selain menjadi teman bercerita ketika mengisi kesunyian.

“Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini.

“Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa,” katanya

Ketika ditanya mengenai Anne yang berstatus ibu tunggal itu Aliff berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh menghalang mereka daripada berkawan.

“Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik.

“Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan,” katanya.

Diusik mengenai reaksinya berhubung dakwaan orang ramai yang kerap melihat mereka keluar berdua-duaan, Aliff berkata dia tidak kisah dilihat bersama kerana ia adalah lumrah kehidupan selebriti yang sering menjadi perhatian umum.

“Sebagai selebriti sudah tentu orang akan kenal pada kita, jadi tidak perlulah saya hendak menafikan atau menyorok kerana ia bukan perkara yang buruk.

“Ia bukan halangan untuk kami keluar makan atau menonton wayang bersama seperti yang didakwa. Saya tidak melihat persahabatan kami sebagai satu masalah atau isu pun,” katanya.

Sempat diusik mengenai perkembangan kes kontroversi antara dia dan pelakon Zarina Anjoulie yang tercetus baru-baru ini, Aliff menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut buat masa ini dan hanya akan tampil menjawab kontroversi itu pada waktu paling sesuai kelak.

“Orang boleh cakap apa sahaja tentang kes itu tetapi saya tidak akan memberi penjelasan pada waktu ini. Syarikat rakaman Sony Music sedang meneliti kes ini dan apabila sampai waktu saya akan umumkan kepada semua.

“Namun, itu tidak bermakna saya seorang yang pengecut atau mahu lari daripada masalah. Saya lelaki yang tidak akan lari daripada masalah yang melibatkan saya. Cuma kena tunggu waktu yang sesuai,” katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-