Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Sunday, January 8, 2012

Yusry dan Lisa ubah waktu dan tempat Nikah

Share







Gambar Ibu Lisa,Yusry,Lisa Surihani dan kedua orang tua Yusry.amboi selamba je peluk walaupun parent ada ka sebelah ye..


Pejam Celik kini dah pun hampir pertengahan Januari 2012..tak lama lagi perkahwinan yang ditunggu tunggu iaitu perkahwinan Yusry KRU dengan Lisa Surihani bakal berlangsung.

Sebelum ini pasangan ini dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar pada 23 Februari depan, namun selepas berbincang Yusry KRU dan Lisa Surihani memilih untuk disatukan selepas Maghrib di lokasi baru iaitu di Hotel Marriot, Putrajaya.

"Setelah berbincang dengan sanak saudara semua, kami mengambil keputusan untuk menukar waktu dan lokasinya. Memandangkan selepas Asar jangka masa hendak masuk Magrib cepat, jadi kita tidak mahu menganggu jemaah lain di masjid. Malah setelah berbincang, kebetulan tarikh nikah kami berlangsung pada hari Khamis serta ramai saudara mara bekerja waktu itu.

"Agak kelam kabut untuk mereka sampai pada waktu Asar, jadi yang terbaik waktunya juga kita tukar kepada magrib dan sangat sesuai kerana malam Jumaat. Saya sangat bersyukur, apabila kami mahu menukar lokasi dan lokasi berkenaan mempunyai kekosongan dewan,"katanya.

Bakal mengayakan busana rekaan Cosry pada majlis nikah dan resepsi kelak, kata Lisa Surihani hanya sepasang pakaian sahaja yang akan digayakan yang dibeli menggunakan keringat sendiri.

"Kami terbuka jika ada yang ingin menaja kami. Ada beberapa tawaran tajaan namun sehingga kini masih belum dipilih. Pakaian nikah dan resepsi pun dibeli kami sendiri dan saya berpuas hati kerana membelinya menggunakan hasil titik peluh sendiri. Untuk kedua-dua majlis kami hanya memakai sepasang baju sahaja,"jelasnya yang bakal menghadiri kursus kahwin minggu depan bersama bakal suaminya kerana Yusry bertegas mahu menemaninya.

"Bermula 11 Januari saya sudah mula menjalani penggambaran filem Ular selama 25 hari. Jadi apabila waktu terluang saya dan Yusry akan lakukan apa yang patut seperti ujian HIV dan kursus kahwin.

"Namun saya berterima kasih kepada saudara mara dan kawan rapat kerana banyak membantu. Saya juga gembira kerana segala tugas telah dibahagi-bahagikan jadi saya yakin semuanya akan berjalan lancar apabila tiba waktunya,"

1 comment:

Free Time said...

suke sgt diorg nk kawen....http://freetimeaccess.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-