Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Saturday, January 14, 2012

Video Biography Dato Siti Nurhaliza di History Channel

Share









Sebelum nie pernah dengar desas desus Astro nak buat biography untuk penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato Siti Nurhaliza.Baru-baru nie di Astro History Channel,Sensasi ada menonton biography tersebut.Memang menarik.

Masa zaman 1996,Siti mula menyanyi dengan menyertai pertandingan bintang RTM.Kemudian Siti mula menjadi tumpuan ramai.dengan begitu cepat nama Siti naik dan memenangi pelbagai anugerah di aal pembabitan dalam dunia seni.Masa tue suara Siti memang merdu,halus gaya lenggok suara Siti pun masih unik (sebelum ramai artis baru nak tiru gaya nyanyian Siti.huhu)..Selain cantik berwajah manis,berbakat,Siti juga adalah contoh artis yang sopan,lemah lembut dalam percakapan,bijak menjawab soalan wartawan,merendah diri dan tidak bergaul bebas dengan lelaki(mcm artis kebanyakkannya) . Keengganan Siti untuk bergambar dengan artis lelaki menyebabkan wartawan menyindir dengan menyuruhnya balik kampung,namun ternyata Siti mampu bertahan dalam industri seni kerana bakat yang dimiliki dan bukan kerana kontroversi murahan.

Ada satu ketika,setiap kali ada majlis anugerah Siti akan menggondol nya setiap tahun sampai ada yang mula rasa kurang senang seolah-olah artis lain tidak diberikan peluang.
Semua majalah berebut ambik Siti jadi cover magazine,so bila pergi kedai majalah memang semuanya muka siti aje..haha..

Dan memang masa tue ramai jejaka yang angaukan siti..Apabila Dato Siti berkahwin dengan Dato K ramailah yang tak puas hati dan cemburu.Apepun kini Dato Siti semakin berjaya dengan bisnes Simplysiti dan bahagia disamping suami tercinta.

Sensasi sentiasa meminati Dato Siti dan hafal semua lagu-lagu beliau.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-