Search in my-sensasi !! upgraded

Loading...

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, January 26, 2012

Rumah tangga berantakan , Rabecca Nur Islam dan suami jelaskan isu dera anak tiri

Share








Kecoh seketika apabila media dan rakan srtis membawakan perkhabaran kononnya rumah tangga pelakon Rabecca Nur Al Islam bergegar dilanda badai. Puncanya apabila si suami mula mengesyaki isteri tercinta tidaklah sebaik yang disangka.Hati mana yang tidak kecewa apabila isteri yang diamanahkan menjaga anak tiri rupa-rupanya tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Akhirnya cerita pelakon filem Keramat yang suka mendera fizikal dan emosi anak tirinya sampai ke pengetahuan si suami.

Akibatnya mahligai yang dibina setahun lalu itu bergoncang juga walaupun sebelum ini Rabecca menafikan sekeras-kerasnya dia ibu tiri yang jahat.

Bagaimanapun, sewaktu menghadiri majlis ulang tahun pelakon Datin Paduka Umie Aida tempoh hari, lain pula situasi yang disaksikan.

Kehadiran Rabecca yang lebih akrab disapa Becca bersama suami, Nor Azam Sulaiman, ditambah kemesraan yang ditonjolkan mereka sepanjang acara berlangsung seolah-olah menepis dakwaan mereka kini sedang berantakan. Malah, ketika diajukan soalan itu kepada pasangan ini, Rabecca dan suami menegaskan, tiada apa yang berlaku dan kebahagiaan masih menjadi milik mereka.

Betulkah khabarnya rumah tangga Becca sedang bergoncang ketika ini?

Rabecca:
Dari mana anda semua mendengar cerita ini? Terus terang, ini kali pertama saya mendengarnya. Buat apa saya nak jawab jika perkara itu memang tidak berlaku. Kalau betul rumah tangga saya berantakan, takkanlah saya dan suami boleh berada di majlis ini? Lagipun, beberapa hari lalu kami baru saja meraikan ulang tahun pertama perkahwinan kami di Jakarta. Selepas ini kami akan bercuti ke Singapura dan insya-Allah selepas itu akan ke London pula. Jadi macam mana boleh timbul isu kononnya kami bergaduh?

Berdasarkan cerita yang tersebar, rumah tangga Becca bergegar kerana suami dapat tahu Becca memang mendera anak tiri. Boleh Becca jelaskan?


Rabecca:
Saya tak faham mengapa cerita seperti itu masih diungkit lagi sedangkan sudah berkali-kali saya buat penjelasan. Baru-baru ini, sewaktu majlis pratonton filem Keramat, anak saya sendiri sudah mengeluarkan kenyataan, perkara itu tidak pernah terjadi, malah saya menjaga mereka dengan baik. Apa yang boleh saya katakan, dalam dunia ini, tak semua orang suka kita dan tak semua orang benci kita. Jadi lebih baik saya tak payah layan dan kepada orang yang menyebarkan fitnah itu, saya maafkan kesalahan mereka.

Maksudnya, ini semua berlaku kerana ada pihak yang dengki dengan kebahagiaan anda berdua?

Rabecca:
Mungkin... Sebab dari dulu lagi ada saja cerita yang tidak baik mengenai diri saya disebarkan. Saya sendiri tidak faham mengapa saya terus menjadi sasaran, sedangkan saya tidak pernah kacau kehidupan sesiapa. Mengenangkan inilah rempah ratus dan cabaran terpaksa saya lalui apabila bergelar pelakon, jadi saya terima saja.

Sebagai suami, apakah Azam pernah berasa sangsi dengan isteri sendiri?

Nor Azam:
Saya sudah lama mengenali isteri saya sebelum kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Saya tahu dia bukanlah seperti yang orang ramai sangkakan. Dia seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Sebab itulah saya tak pernah meraguinya. Cuma ada satu perkara yang saya sangsi mengenai Becca, iaitu apakah benar dia pandai masak seperti yang dikatakannya? Maklum sajalah, dia seorang artis dan apakah dia ada masa untuk ke dapur? Namun selepas berkahwin, ternyata Becca memang pandai masak dan sebagai seorang yang suka makan. Saya akui masakan Becca memang sedap.

Mungkin gosip seperti ini timbul disebabkan status Becca sebagai artis? Apakah Azam akan meminta Becca bersara jika gosip seperti ini tidak terkawal?

Nor Azam:
Sebelum berkahwin, saya memang tahu dia seorang pelakon dan berlakon juga sudah menjadi darah dagingnya. Saya tiada masalah dalam hal itu, asalkan dia tahu batas sebagai seorang isteri, itu sudah memadai. Gosip perkara biasa dalam kehidupan artis dan saya amat memahaminya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-